in

Wanita Kongsi Kisah Seram Mayat Hidup Semula Akibat Tuntut Ilmu Salah di Sarawak

Ilustrasi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang pernah dengar mitos jikalau seekor kucing melompat ke atas sekujur mayat, mayat tersebut akan bangkit dan hidup semula. Tapi kisah yang dikongsikan netizen kali ini berbeza pula apabila mayat dikatakan bangkit oleh kerana menuntut ilmu yang bukan-bukan.

Melalui perkongsian Nadia McWillson atau @AchuNadia di laman Twitter, kisah tersebut pernah berlaku antara tahun 1998 atau 1999 di Kuching, Sarawak.


21314646 1562905447089161 1254559894877316561 N
sumber: twitter

Kejadian menjadi gempar secara tiba-tiba apabila seorang pakcik dikatakan pernah meninggal beberapa tahun lalu, namun tiba-tiba hidup semula. Hal ini dikuatkan dengan cerita orang kampung yang mendakwa lelaki tersebut kononnya berketurunan ‘Hantu Bangkit’ yang mana memang agak terkenal di kawasan Kuching. Huuu seramnya! 

21270998 1562905473755825 7809607707586261763 N
sumber: twitter

Keadaan di kampung yang tidak dinamakan itu menjadi lebih menyeramkan apabila satu kampung dikatakan terputus bekalan elektrik. Mayat yang bakal dikuburkan pada malam tersebut juga tiba-tiba hilang! Aik ke mana pulak mayat tu lariii…

21231789 1562905507089155 5661448664733696063 N
sumber: twitter
21270994 1562905533755819 83098305799821493 N
sumber: twitter

Sungguhpun orang kampung sudah menemui mayat arwah dan dia berjaya dikebumikan, arwah pula tiba-tiba dikatakan kembali pulang ke rumah! Dia melawat ke hampir semua rumah rakan-rakannya dan salah sebuah yang didatanginya ialah rumah Nadia.

Giphy 2

Dia datang melawat pulak! 

21314337 1562905570422482 6154844234531685404 N
sumber: twitter

Bapa Nadia yang sudah tahu akan kemunculan ‘rakannya’ di hadapan rumah dengan berani menjawab,

Aku nak tidur. Kau datang esok!” 

Berani gila!

21272329 1562905593755813 5795973361023163264 N
sumber: twitter
21270903 1562905630422476 1356589799587308565 N
sumber: twitter

Meskipun penduduk kampung telah meminta bantuan pawang dari Indonesia untuk ‘menghalau’ arwah pulang semula ke tempat asalnya, arwah menolak sehingga akhirnya tubuh mayat tersebut mereput secara perlahan-lahan.

Gangguan berkenaan berlanjutan dalam tempoh tiga ke empat bulan sehingga semuanya reda. Namun akibat trauma dan mulut-mulut orang kampung yang mengata perkara buruk tentang arwah, keluarga pakcik itu terpaksa berpindah dari kampung tersebut. Alahai! 

21231821 1562905667089139 2935491084723309238 N 1
sumber: twitter

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai respon dari netizen, khususnya mereka yang tinggal di kawasan sekitar Kuching, Sarawak. Kebanyakannya mengakui kejadian ini benar dan bukan keturunan Hantu Bangkit saja yang terkenal di sana.

 “The ‘Hantu Kayong’ is real guys! Mak saya pernah bercerita, fikir tipu saja. Haih rupanya benar!” 

Admin kat Mukah lagilah best. Siap ada keturunan ‘penanggal’. Of course lah siang dia hidup macam manusia biasa. Ada masa malam dia ‘terbang’,” komen salah seorang netizen.

Giphy 2 1

Haihh seram pulak ye kalau baca malam-malam! Anda ada pengalaman yang sama seperti mereka? Jom kongsikan bersama kami di ruangan komen!

Baca: Wanita Histeria Dan Tumbuk Diri Sendiri Selepas Tonton Annabelle: Creation

Annabelle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.