Indah betul dunia kalau benda ni jadi kat min!
Seorang wanita di Indonesia terlupa yang dia ada simpan duit dekat satu akaun simpanan 5 tahun lepas, disebabkan itu, pihak bank datang pejabatnya untuk bagi peringatan yang duit simpanannya ini dah mencecah Rp600 juta(RM176,000)!
Duit makin bertambah sepanjang akaun terbiar
Cindy Prasetya mengatakan bahawa dia lupa yang dia ada simpanan tersebut, tahap lupa dia tu sampai dah tak ada kad ATM untuk akses akaun tersebut.
\
Perkara ini jadi perhatian apabila video Cindy dimuatnaik di TikTok, dalam video tersebut Cindy kelihatan confused dan memberitahu pihak bank bahawa dia lupa yang dia ada duit sebanyak itu ke dalam akaun bank dia.
Menurut Cindy, dia buka akaun bank tersebut pada November 2016 dan menyimpan sebanyak Rp430 juta (sekitar RM 126k). Bagaimanapun, jumlah dalam akaun itu bertambah Rp 170 juta (sekitar RM50k) sepanjang 5 tahun akaun itu ‘bersawang’.
@addinnt Woy jiwa kemiskinanku menangis ??? #fypシ #PUBGMGundalaChallenge
Video tersebut telah meraih 2.2 juta tontonan, lebih 686K likes, dan 1400 perkongsian. Rata-rata netizen terkejut dengan kejadian ini.
Min kalau RM 10 ada dalam bank pun boleh ingat, apatah lagi yang ribu riban ni!
Baca : Gara-gara Join Challenge ‘Nama Panggilan’ di Instagram, Gadis Ditipu Siap Transfer Duit!