in

Wanita Ini Kongsi Bajet Kahwin RM6,000 Tetapi Dikritik Netizen

bg1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kos untuk majlis perkahwinan zaman sekarang bukannya murah dan ia kini menjadi beban kepada orang muda yang masih belum berkahwin. Mujur ada ramai individu yang sudah berkahwin seperti wanita ini sudi berkongsi tips bagaimana untuk merancang perkahwinan tanpa menggunakan wang yang banyak.

Namun, selepas wanita tersebut berkongsi kisahnya, netizen bukan memuji dan mengambil inspirasi, malah mengkritiknya pula. Kenapa?


18527372 1681593475214511 8012754631930629463 o e1499400153225
Sumber : Facebook

Beberapa bulan lepas, Noor Fatin Azlan telah berkongsi bagaimana dia merancang majlis perkahwinannya yang serba serbi cukup dengan hanya menggunakan RM6,000 sahaja.

Fatin menerangkan secara terperinci termasuk harga bagaimana dia merangkumkan kesemua kos majlis perkahwinan termasuk wang hantaran, cincin, mas kahwin, jamuan makan, doorgift dan sebagainya.

3 7 e1499335017614
Sumber : Facebook

Selalunya, netizen akan berterima kasih kerana perkongsian sebegini atau sekurang-kurangnya menjadikannya inspirasi untuk berjimat cermat dalam hal perancangan kahwin seperti ini.

Namun, rupa-rupanya, selepas ditunjukkan senarai barang dengan kos yang dibelanjakan, ternyata wanita ini telah mendapat banyak tajaan dari keluarganya. Patut la kena kritik.

4 2 e1499333454205
Sumber : Twitter
3 4 e1499398135910
Sumber : Twitter

Menurut status Fatin, boleh dilihat memang kebanyakkan perbelanjaan ditaja keluarganya serta keluarga mertua. Selain dari itu, dia juga menyelesaikan banyak urusan majlis secara DIY

1 13
Sumber : Facebook
2 2
Sumber : Facebook

Disebabkan itu, netizen menyoal kesahihan tips tersebut dan mengkritik wanita itu kerana berkongsi tips untuk berjimat tetapi sebenarnya majlis ‘bajet’ itu terima banyak sponsor. Sebab tu la murah!

7 2 e1499334617390
Sumber : Twitter
6 2 e1499334645663
Sumber : Facebook
5 3 e1499334671219
Sumber : Facebook

Kisahnya menjadi perhatian warga Twitter yang rata-ratanya kemudian menyindir dan menjadikan isu itu sebagai bahan lawak.

02 e1499397942847
Sumber : Twitter
2 3 e1499397999947
Sumber : Twitter

So sebenarnya nak pendekkan cerita, tips dia cuma nak suruh cari laki kaya. Haha!

Baca : Lelaki Hampir Bankrap Terpaksa Turuti Permintaan Tunang Mahukan Majlis Perkahwinan Mewah

8 e1499334893502

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.