in

Wanita Hilang Jari Kaki Lepas ‘Fish Spa’ Di Thailand, Doktor Jelaskan Kenapa

Ft Fish 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ada di antara korang yang pernah menikmati dan tahu pasal fish spa ini kan? Ia merupakan satu kaedah menggunakan ikan-ikan kecil untuk memakan sel-sel kulit mati pada kaki kita. Kita hanya perlu meletakkan kaki kita ke dalam satu kolam yang dipenuhi ikan ini dekat spa yang kita pergi tu.


Bagaimanapun, tahukah anda bahawa sebenarnya kalau kita pergi dekat tempat yang sembarangan, kaedah ini boleh memudaratkan kita? Buktinya kita dapat lihat sendiri menerusi satu perkongsian di TikTok.

 

Hilang jari kaki

Seorang wanita bercuti ke Thailand baru-baru ini, tertarik dengan sebuah spa yang menyediakan rawatan membuang sel-sel kulit mati di kaki dengan gigitan ikan-ikan kecil, namun begitu percutian itu berubah menjadi tragis apabila wanita tersebut kehilangan semua jari kakinya.

Menurut seorang doktor yang mengulas isu ini, wanita berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Victoria Curthoys ada mengalami sedikit kecederaan di jari kakinya sebelum itu.

“Kesemua ikan garra rufa ini kelaparan dan ia dipaksa untuk makan sell kulit mati manusia kerana tiada sumber makanan lain dan ia membuatkan kulit makin jadi lebih halus.”

Berpatah balik ke cerita Victoria tadi, dia mula mengalami demam dan tak sedap badan sebelum berjumpa dengan doktor dan doktor itu mengesahkan bahawa Victoria hidap satu ‘penyakit bawaan air’ yang dipanggi Shewanella.

Untuk membendung bakteria itu dari merebak, satu-satunya cara adalah dengan membuat pemotongan ke bahagian yang terkena infeksi, maka ibu jari kaki Victoria terpaksa dipotong. Bagaimanapun, malang buat Vicotria kerana kesemua jari kakinya terpaksa dipotong juga selepas itu.

“Dari sini, anda boleh lihat pemilik bersihkan macam mana sekalipun, ikan-ikan dalam tu tetap tidak boleh disinfected. Malah, ikan Gurra Rufa juga harganya agak mahal.”

Doktor ini mengulas bahawa, ada kemungkinan ikan-ikan yang mereka gunakan adalah ikan jenis Chin Chin, di mana spesis ikan ini gigit kaki yang menyebabkan luka dan mengeluarkan darah, maka ia boleh meningkatkan lagi risiko jangkitan.

Baca : “Jangan selfish” – Anak Menjerit Hampir Sejam Dekat Restoran, Ibu Bapa Buat Tak Endah

Anak Menjerit Restoran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.