Gambar di bahagian kanan hanya untuk ilustrasi sahaja.
Perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur pada masa kini sudah tidak terkenal seperti dahulu. Orang zaman sekarang lebih gemar menggunakan Uber atau Grab kerana ia lebih murah berbanding menggunakan teksi tempatan.
Ada juga yang enggan menggunakan teksi kerana terdapat banyak kes di mana pemandu teksi akan menipu harga sebenar pada penumpang untuk mendapatkan wang lebih.
Baru-baru ini sebuah video menjadi tular di Facebook apabila seorang pemandu teksi kelihatan sedang memarahi penumpangnya dan menyuruh mereka untuk ‘belajar’ semula apabila mereka bertanya tentang harga tambang yang tidak berpatutan itu.
Menurut mangsa, dia telah ditipu oleh seorang pemandu teksi sebanyak RM60 untuk perjalanan sepanjang 6 km sahaja.
Dia telah menaiki Teksi 1 Malaysia bersama rakannya dari KL Sentral untuk sampai ke destinasi pilihan iaitu ke Pudu Sentral yang terletak kira-kira 6 km sahaja dari lokasi mereka.
Pada mulanya, pemandu teksi tersebut berkata dia hanya akan mengenakan bayaran sebanyak RM4 sahaja namun apabila masuk ke dalam kenderaan, kadar bayaran tiba-tiba menjadi RM4/meter pula.
Setelah menghampiri destinasi, mereka terkejut akan bayaran RM60 yang dikenakan oleh pemandu teksi itu walhal apabila diperiksa menggunakan aplikasi Grab, tambang perjalanan mereka itu hanya RM6 sahaja.
Apabila ditanya mengenai soal harga, pemandu tersebut terus bercakap kasar dan menyuruh penumpang ‘pergi belajar’ tentang perbezaan teksi walaupun mereka telah bertanya kenapa mesin meter itu tidak dipasang untuk mengira harga tambang sebenar.
Tak tahu pergilah belajar. Belajarlah belajar, You orang tak ada sekolah.”
Untuk menutup silap sendiri, dia terus membuka topik tentang kejadian rogol yang telah terjadi di Uber dan juga Grab sebagai taktik untuk memesongkan pemikiran penumpang tersebut.
Di akhir video, kedengaran penumpang itu mengalah dan meneruskan saja perjalanan walaupun dicaj dengan harga yang sangat tidak masuk akal.
Biar biar biar. Orang di atas akan balas.”
Kalau orang nak tipu, kat mana-mana pun boleh menipu tidak kira Uber mahupun teksi tempatan. Pengguna haruslah bijak untuk mengelak dari situasi macam ini.
Baca : Wanita Mengandung Alami Tekanan Emosi dan Trauma Dirompak Pemandu Uber Keguguran