in

Wanita Dedah Jiran Cuba Membunuh Anjingnya Dengan Daging Yang Disaluti Racun

Anjing Racun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Dedah Jiran Cuba Membunuh Anjingnya Dengan Daging Yang Disaluti Racun
Loading
/

Hidup berjiran ini seharusnya kita menjaga hubungan sesama jiran tetangga namun seorang lelaki dirakam telah memberikan anjing jirannya daging yang disaluti racun. Kejadian dilaporkan berlaku di Subang Jaya.

Pemilik anjing tersebut telah memuat naik status di Facebook menceritakan pengalamannya di mana jirannya didakwa mencuba meracuni anjing jenis German Shepherd itu. Bagaimanapun, anjingnya itu dilaporkan tidak tercedera dan terselamat dari kejadian tersebut.


Anjing Racun1
sumber: facebook

Wanita itu menulis,

“Jiran saya cuba membunuh German Shepherd saya. Kami pulang rumah dan mendapati terdapat bungkusan di atas lantai dibaluti dengan surat khabar. Kami sangat terkejut apabila mendapati bungkusan itu berisi cebisan daging dah kelihatan seperti ianya mempunyai racun. Nasib baik, anjing saya dipakaikan tali leher jadi dia tidak dapat mencapai daging itu.”

Anjing Racun2
sumber: facebook

Bersama-sama dengan status itu, rakaman CCTV yang dipasang di hadapan rumahnya juga turut dimuat naik wanita itu. Insiden itu dirakam berlaku pada 10 Ogos jam 10.45 malam.

Melalui rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat berlegar-legar di hadapan pagar dan secara tiba-tiba anda akan dapat lihat bungkusan itu melayang masuk ke dalam kawasan rumahnya. Tengok betul-betul pada minit 1:59.

Anjing wanita itu dilihat menyedari kemunculan bungkusan tersebut dan cuba untuk menghidu namun disebabkan tali di lehernya tidak cukup panjang, anjing tersebut tidak dapat mencapai bungkusan itu.

Meskipun wanita itu tidak pasti jenis racun yang diletakkan pada cebisan daging tersebut, namun menurutnya daging itu dilihat tidak selamat untuk dimakan.

Anjing Racun3
sumber: facebook

Wanita tersebut mengakhiri perkongsiannya itu dengan memberi peringatan kepada orang ramai dengan insiden sebegitu dan berwaspada dengan jiran tetangga.

Bagaimanapun, ada netizen yang memberi komen dan mengatakan bahawa lelaki itu mungkin juga bukan jirannya tetapi perompak yang mahu meracuni anjingnya kerana berniat untuk memecah masuk ke dalam rumah.

Apa-apa pun, hati-hati jela dan ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan anjing anda didera atau diracuni.

Baca: Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Kerana Diracun Perompak

Page 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.