Sejak semalam, nama Uqasha Senrose banyak disebut di laman media sosial X, ianya susulan kematian seorang wanita yang pernah mendakwa dirinya dibuli oleh pelakon itu ketika di sekolah menengah.
Perkara itu dimulakan oleh seorang individu yang merupakan rakan kepada arwah yang seolah-olah menyalahkan Uqasha atas kematian kawannya itu.
Dalam bebenang itu, individu terbabit berkata arwah sebelum ini menghadapi masalah kemurungan yang sangat teruk namun dia masih bertahan namun di akhir kehidupannya, dia berkata dia sudah tidak larat lagi.
“Zawani really had a tough life, depression, sakit lagi sakit yang tak kan boleh sembuh, hari2 dia battle untuk stay strong. The last word from her “taknak susahkan mama dah, taknak susahkan sesiapa dah”. Dia tak pernah cakap penat but before she passed away, she said i’m tired,” tulisnya.
Melihat di ruangan replies, Uqasha ada berkata dia ingin berjumpa dengan individu tersebut dan menunggu dia memberikan direct message kepadanya.
Menurut laporan mStar, Uqasha pernah ingin berjumpa dengan keluarga arwah tetapi ditolak dan dia hanya menyerahkan kes ini kepada peguamnya.
“Saya boleh sahaja jumpa keluarganya. Sebelum ini lagi saya memang nak berdepan dengan dia (Allahyarhamah) tetapi dia yang tak mahu.
Jadi, tak ada apa-apa yang saya nak komen, arwah pun dah meninggal dunia. Saya tak tahu apa yang mereka marahkan lagi dekat saya.
Sudah lama saya berdiam pasal hal ini, saya biarkan peguam saya buat kerja. Bagi saya, tiada apa yang perlu saya komen,” katanya.
Sebagai info, awal tahun ini, nama pelakon Sumpahan Jerunei itu dikatakan pembuli di sekolah menengah selepas ada individu yang mendakwa pernah menjadi mangsa bulinya.