in

Wanita Beri Ayam Peliharaan ‘Pedicure’ Tanda Penghargaan, Siap Warna Kuku & Letak Manik Lagi!

F1 Manik Aym

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rawatan kuku iaitu manicure dan pedicure memang sinonim dengan kaum wanita. Zaman sekarang ni, orang lelaki pun buat rawatan kuku jugak tau.

Tapi, di China pula, ada seekor ayam telah diberi rawatan kuku kaki oleh tuannya sebagai tanda penghargaan kerana ayam tersebut sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh dua tahun yang sukar ini, lapor Oddity Central.


Manik Aym 3

Wanita yang hanya dikenali sebagai Yi Yi itu dikatakan pada mulanya telah ke salon kuku agar ayam peliharaannya itu boleh diberikan rawatan pedicure.

Namun permintaannya telah ditolak kerana pihak salon takut ia akan merosakkan imej kedai mereka sebagai sebuah salon kecantikan untuk manusia.

Jadi, dia pun ambil keputusan untuk buat sendiri je kuku ayamnya tu. Hasil akhirnya pun nampak agak cantik kerana Yi Yi telah mewarnakan kuku kaki ayam dengan pelbagai warna seperti biru, ungu pastel dan oren.

Manik Aym 4

Bukan itu sahaja, dia juga ada meletakkan beberapa biji manik kecil pada kuku haiwan terbabit sebagai hiasan.

Walau bagaimanapun, wanita ini tetap menerima kecaman daripada segelintir netizen yang mempersoalkan bagaimana ayam tu nak berjalan dengan kuku sebegitu rupa setelah gambar haiwan peliharaannya mula tular di media sosial.

Namun, Yi Yi ada jelaskan semula bahawa katanya rawatan kuku itu tidak menjejaskan kaki ayamnya untuk berjalan kerana ia juga dilihat tak terganggu dengan hiasan labuci dan manik padanya serta boleh berjalan seperti biasa.

Tapi korang jangan buat macam ni dekat ayam yang mak korang nak masak gulai pulak. Kang dia terkejut tengok ayam yang dah sembelih jadi benda lain. 

Sumber: Oddity Central

Baca: “Kalau nak beli online ada jual tak?”- [VIDEO] Netizen Teruja Tengok Ayam Masuk Rumah ‘Kejutkan’ Pemilik 

Manik Aym 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.