Seorang wanita warga Bangladesh telah ditahan kerana mencederakan teman lelakinya di kawasan Gelang Patah, Johor. Difahamkan ia angkara rasa cemburu yang menyebabkan wanita berusia 34 tahun itu menyerang teman lelakinya.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Kumarasan A/L Muniandy mengesahkan kejadian tersebut setelah pihak polis menerima laporan daripada kenalan mangsa seorang lelaki tempatan yang berumur 47 tahun kelmarin.
Artikel berkaitan : ”View baek tu” – Pekerja Tapak Pembinaan Tengok Konsert Siti Nurhaliza Percuma Buat Orang Ramai Cemburu
Artikel berkaitan : “Pemergian yang dicemburui” – Imam Meninggal Dunia Dalam Keadaan Bersujud Ketika Imamkan Solat Subuh
Cemburu BF tak ceraikan isteri
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kemaluan dan tangan kiri akibat dipotong oleh teman wanita mangsa. Mangsa yang merupakan leleaki warga Bangladesh berusia 33 tahun itu kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Lebih kurang jam 12.15 tengah hari, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri telah membuat tangkapan ke atas seorang wanita warga Bangladesh. Hasil semakan mendapati bahawa suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Ujian saringan awal air kencing suspek juga didapati negatif dadah,” katanya.
Kumasaran berkata, hasil tangkapan tersebut, polis telah merampas sebilah pisau berukuran panjang sebanyak 29 cm.
“Hasil siasatan mendapati kejadian bermotifkan cemburu apabila suspek mengetahui mangsa masih belum menceraikan isterinya di negara Bangladesh setelah menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih,” ujarnya lagi.
Suspek kini sedang ditahan di bawah Seksyen 117 KPJ selama 5 hari bermula semalam hingga 13 Oktober nanti. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda-benda yang berbahaya.
Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun bersertakan denda atau sebat.
Dalam pada itu, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta imigresen dan dikatakan telah masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh salurkan ke balai polis berhampiran atau di Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteru di talian 07-5113622.
Sumber : X