in

“Walid versi cewek” – Tular Video Ramai Berebut Bayar Ustazah Ini Untuk Celup Jari Dalam Minuman

ustazah celup air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun ramai yang sudah buka mata dengan isu ikutan melampau terhadap ustaz atau guru agama hingga boleh jatuh syirik ini, masih ada lagi yang seakan-akan dalam ‘dunia’ mereka sendiri.

Baru-baru ini, tular satu video dari negara jiran, Indonesia yang memaparkan seorang wanita bergelar ustazah telah dibayar wang yang lumayan dengan hanya memasukkan jarinya ke dalam botol minuman.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by DEMENDOLAN OFFICIAL (@demendolan)

Artikel berkaitan: Gara-gara Watak Walid, Faizal Hussein Dedah Terima Mesej Anak Dara Mahu Jadi ‘Isteri Batin’

Artikel berkaitan: Bongkar Topik ‘Penunggang Agama’, Drama ‘Bidaah’ Dipuji Golongan Agama

Kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah pondok dekat Jember, Wilayah Jawa Timur ini memaparkan ustazah tersebut dilihat sedang ‘berzikir’ sambil mencelupkan jarinya ke dalam beberapa botol minuman milik tetamu.

Video yang dimuat naik pengguna Instagram @demendolan itu telah mencatatkan lebih 78,000 tontonan dan ustazah berkenaan juga dilihat menerima sejumlah wang kertas bagi setiap celupan.

Video berkenaan telah menerima pelbagai komen kecaman daripada netizen yang terkejut kenapa masih ramai yang terpedaya dengan orang agama sebegini.

Malah ada juga yang menyamakan situasi ini dengan drama bersiri ‘Bidaah’ yang kini mendapat perhatian di Indonesia.

w1 down

Ish takutlah tengok video-video macam ni. Kalau nak belajar agama, belajarlah dengan guru yang betul. 

Sumber: Instagram, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.