in

“Walaupun berbeza agama tapi tanggungjawab masih sama” – Frontliner Muslim Dan Yahudi Berdoa Ikut Agama Sendiri Lepas Rawat Pesakit Covid-19

Combine Muslim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seseorang individu yang memegang status frontliner sudah pasti akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang memiliki latar belakang yang berbeza.


Walaupun berbeza agama, namun ianya tak menghalang untuk dua orang frontliner ini daripada menjalankan tugas.

Menurut laporan Daily Mail, dua orang petugas frontliner yang beragama Muslim dan Yahudi kelihatan sedang melakukan ibadah mengikut agama-agama masing selepas merawat pesakit Covid-19.

Mereka baru selesai menguruskan pesakit Covid-19 yang mengalami masalah pernafasan di bandar Israel.

Avraham Mintz yang beragama Yahudi sedang menghadap Jerusalem manakala Zoher Abu Jama yang beragama Islam sedang duduk antara dua sujud menghadap Kaabah.

H 1

Gambar itu telah diambil oleh rakan petugas mereka dan viral di media sosial.

Mintz ialah merupakan bapa daripada sembilan anak dan merupakan petugas perubatan kecemasan negara (MDA) sepenuh masa melatih sukarelawan manakala Abu Jama ialah seorang bapa kepada tujuh orang anak dan dia merupakan sukarelawan yang dilatih oleh Mintz.

H2 1

Walaupun diorang ni berlainan agama, tapi masih juga ada sikap tolak ansur dalam beribadah.

Baca : “Agama bukan penghalang kita bersatu” – [VIDEO] Respek! Ustaz Ebil Lew Agih Bantauan Kepada Non-Muslim

Ebit

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.