Selalu tak dengar orang kata yang “muka kalau iras-iras tu jodoh”? Mungkin ada yang kata ini mitos, tetapi sebenarnya ada logiknya lepas baca perkongsian daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Rostam ini. Pakar psikiatri ini akan menjelaskan signifikasinya dari sudut sains.
Lagi tinggi tahap kegembiraan dan kebahagiaan yang dialami oleh satu pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.
Kata Dr. Rostam menerusi Twitter miliknya, kajian yang dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau ibu ayah kita sendiri.
Tambahnya lagi, teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal & strata sosial yang setara.
Selain itu, pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan & gaya sama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa & saling percaya. Malah, sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama.
FAKTA MENARIK MENGAPA PASANGAN KELIHATAN SEIRAS
Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yg sudah kahwin kelihatan seiras & hampir serupa.
Kalau xkenal, mungkin ada yg akan kata mereka kembar @ bersaudara sedangkan mereka sebenarnya x. Sains ada jawapannya
— DrRostam (@zaidrostam) November 17, 2019
“Jadi tak hairanlah jika seorang sakit, yang 1 lagi juga bakal tak sihat.”
Bukan itu sahaja, pengalaman hidup seperti (turun naik emosi & dugaan) yang sama juga mereka telah lalui dan kedutan di muka boleh berlaku di tempat yang sama.
Beliau juga membuktikannya menerusi satu kajian daripada seorang pakar psikologi Robert Zanjonc iaitu semakin tinggi tahap kegembiraan dan kebahagiaan yang dialami oleh satu pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.
Wow, begitu rupanya, jadi tak payah lah pening-pening anak ikut muka siapa lepas ni. Malah, andaikata muka jodoh tu tak sama dengan kita tu, jangan lah pelik sebab semuanya di tangan Allah S.W.T.
Baca : “Keluarga Malaysia” – Kahwini Lelaki ‘Cindian’ Kisah Doktor Ini Buat Ramai Terinspirasi