Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan penyanyi etnik kreatif yang pernah menggegarkan industri muzik Malaysia dengan lagunya, Wassini.
Penyanyi yang dimaksudkan ialah Waheeda, video dirinya mendendangkan lagu itu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 2003 kembali tular di media sosial terutamanya di TikTok.
https://www.tiktok.com/@musicmusicajl/video/7259369250580663560?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246618843144029698
Dalam video itu, ramai netizen yang bertanya ke mana Waheeda menghilang kerana beliau mempunyai suara yang lunak dan gaya yang tersendiri.
Terbaru, dalam satu temu ramah dalam rancangan hiburan Melodi, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab memberitahu dia amat terharu dengan sokongan peminat serta mereka yang bertanya khabarnya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan Waheeda berhenti menyanyi kerana dilarang oleh suaminya, Akhil Hayy namun dia membidas perkara itu.
“Memang banyak habiskan masa dengan keluarga, jaga anak-anak tapi yang banyaknya belajar Al-Quran, nak faham Al-Quran, dalam masa 10 tahun tu agresif memahami Quran,” katanya.
Selain itu, apabila ditanya adakah pelantun lagu Wassini itu merindui kerjayanya sebagai penyanyi namun dia hanya berkata dia lebih rindu kepada kawan-kawannya yang berada dalam industri yang sama.
Waheeda turut memberitahu dia masih aktif di belakang tabir cuma dia tidak lagi membuat persembahan di khalayak ramai.
Rindu dengar suara Waheeda!
Baca: 5 Kisah Benar Yang Menyayat Hati Jadi Inspirasi Disebalik Lagu-Lagu Ini!