in

Vivy Yusof & Suami Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah, Dilepaskan Dengan Jaminan RM100K Seorang

vivy fadza mengaku tidak bersalah tuduhan pecah amanah RM8 juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ni atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu.

Menurut Harian Metro, Vivy atau nama penuhnya, Vivy Sofinas Yusof, 36 dan Fadzaruddin, 35, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.


Gd 5WbRa0AcV1yC

Mengikut pertuduhan, pasangan ini dengan niat bersama sebagai ejen iaitu Pengarah FashionValet Sdn Bhd (FV) dan di dalam kapasiti itu diamanahkan dengan harta iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana pelaburan itu di mana dengan curangnya membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank syarikat FV kepada syarikat, 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah syarikat itu. 

Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah cawangan bank di Plaza Damansara Bukit Damansara, pada 21 Ogos 2018.

Artikel berkaitan: SPRM Beku Akaun RM 1.1 Juta Milik Vivy & Fadza, 11 Beg Tangan Serta Jam Tangan Mewah Disita

Artikel berkaitan: Tular Video Pejabat FashionValet Diserbu Semalam, Vivy Yusof Dipanggil SPRM Hari Ini

Ikat jamin RM100,000 setiap seorang 

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan serta denda.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin telah memohon jaminan RM100,000 hingga RM200,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan juga mohon syarat tambahan supaya pasangan ini menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melapor diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Pun begitu, peguam mewakili pasangan itu, Ashok Athimulan memohon jaminan munasabah berikutan kedua-dua anak guamnya menetap di Kuala Lumpur.

Kami memohon jaminan rendah juga memandangkan semua aset mereka sudah dibekukan dan kini bergantung kewangan daripada rakan dan ahli keluarga untuk membayar wang jaminan,” kata Ashok.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Rosli kemudian membenarkan Vivy dan Fadzaruddin masing-masing dijamin RM100,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.

Mahkamah juga menetapkan sebutan semula kes pada 22 Januari depan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.