Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok menunjukkan seorang wanita yang memandikan kenderaannya dengan menggunakan air bunga.
Memetik laporan Suara.com, video terbabit dimuat naik menerusi akaun TikTok milik @ekaa***. Video terbabit yang difahamkan berlaku di negara jiran, Indonesia, memaparkan seorang wanita yang sedang memandikan kereta berwarna hitam yang diparkir di hadapan rumah dengan air bunga.
Selepas diselidiki, tujuan wanita terbabit melakukan demikian adalah supaya kenderaan itu selamat digunakan.
Walau bagaimanapun, video yang kini viral itu menerima pelbagai komentar daripada pengguna TikTok. Ada yang menjelaskan aksi memandikan kereta dengan bunga itu selalu dilakukan adat Jawa.
Tak kurang juga, ada yang mengecam tindakan wanita terbabit dan mengatakan ia perbuatan syirik.
“Musyrik bu, kasi sedekah anak yatim aja dan berdoa sebelum perjalanan. Insya Allah selamat,” kata warganet.
“Kereta dia punya, yang cuci pun dia, yang penting kita tengok jelah,” balas netizen lain.
“Biasanya kereta baru yang macam ni. Kalau di daerah saya, motor pun disiram air bunga juga,” komen warganet lain.
Sumber: Suara.com