Satu video viral di media sosial memperlihatkan seorang wanita mencampak satu bungkusan plastik ke dalam sungai dari keratanya.
Perbuatan itu telah dirakam oleh pengguna jalan lain dan menerima kecaman hebat dan netizen melabelkan ia sebagai satu sikap yang tak ada sivik.
Tak mampu beli tong sampah ke? – Netizen
https://www.facebook.com/tham.laikeang/posts/2778958862355027?_rdc=1&_rdr
Bagi netizen di Twitter, mereka cukup marah apabila melihatnya kerana sudah masuk 2021 ini pun, masih ada orang kita yang ‘mundur’.
Harian Metro melaporkan bahawa kejadian ini berlaku semalam di Kelantan. Memandangkan kes ini dah viral, ia sampai ke perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan yang begitu kecewa dengan sikap wanita tersebut.
Nak buang saka?
Sumber juga ada menjelaskan bahawa pihak wanita itu telah membuat permohonan maaf dan menjelaskan situasi sebenar tindakannya membuang bungkusan itu di dalam sungai berbanding tong sampah.
Wanita itu dikatakan baru balik dari Kuala Krai bagi mendapatkan rawatan tradisional, dia diminta oleh perawat tradisional itu supaya membuang barang saka ke dalam air yang mengalir (sungai).
https://www.facebook.com/RizalHakimmPunyer/posts/853709738532230