in

Viral Video Peserta Muay Thai Diberi CPR, Ramai Dakwa Cara Salah?

Ft Mangsa Muay Thai Cpr 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sabtu lepas, seorang peserta dari Thailand Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 meninggal dunia akibat pendarahan otak.

Menerusi laporan Astro Awani, Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata peserta tersebut Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur Jumaat lepas.


 

Salah CPR tu – Netizen

Susulan itu, tular satu video yang dikatakan peserta Muay Thai tersebut sedang menerima bantuan CPR di Twitter. Video  itu dilihat peserta tersebut sedang menerima bantuan kecemasan kestika peserta tersebut tidak sedarkan diri.

Screenshot 2022 08 15 102426

Dalam video berdurasi 18 saat itu, seorang individu dilihat seperti memberi bantuan CPR kepada peserta tersebut dengan menekan dada peserta itu.

Ia menjadi perhatian netizen kerana ada yang mendakwa bahawa teknik yang dilakukan oleh peserta tersebut tidak betul.

Dalam pada itu, ada seorang individu yang dikatakan peninju Muay Thai amatur menyatakan ia adalah sejenis contact support, katanya, apa-apa contact support seperti ini boleh menyebabkan kematian.

Malah dia dan netizen lain turut mempersoalkan acara tersebut samada ada menyediakan pihak profesional dalam bidang medikal di acara tersebut atau tidak.

Mangsa Muay Thai Cpr. 2 1 Mangsa Muay Thai Cpr. 3 1 Mangsa Muay Thai Cpr. 4 1 Mangsa Muay Thai Cpr. 5 Mangsa Muay Thai Cpr. 6 Mangsa Muay Thai Cpr Mangsa Muay Thau Cpr

Menerusi Awani, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira pukul 1 pagi Sabtu lepas sebelum dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi.

Baca : “Berkorban nyawa” – Tak Fikir Risiko, Cucu Bagi CPR Cuba Selamatkan Nenek Dari Covid-19 Buat Kali Terakhir

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.