in

Viral Video Kilang Arak Didakwa Beroperasi Masa PKP, Polis Jelaskan Sebab Kenapa Ia Berasap

Kilang4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 18 Jun lepas, viral satu video menunjukkan sebuah kilang yang bertempat di Shah Alam didapati beroperasi sewaktu PKP. Untuk pengetahuan, kilang arak tidak dibenarkan beroperasi kerana ia tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu (essential service), lapor Astro Awani.


Disebabkan itu ia menjadi pertikaian apabila ada netizen yang tinggal berhampiran dengan kawasan kilang tersebut merakam menunjukkan seolah-olah ianya sedang beroperasi sepanjang tempoh PKP (total lockdown) ini.

 

Untuk elak letupan

Dalam video yang berdurasi 48 saat itu, dilihat asap keluar dari corong kilang tersebut dan perakam mendakwa bahawa ada pekerja-pekerja keluar masuk di kilang tersebut.

Kilang 2

Susulan daripada penularan video itu, Berita Harian melaporkan bahawa pihak polis sudah mengesahkan bahawa kilang arak yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam itu, tidak beroperasi seperti mana yang didakwa oleh pengguna Facebook tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata pengesahan itu dibuat setelah pihaknya segera menggerakkan pasukan Task Force Pematuhan COVID-19 ke kilang terbabit, pada jam 7.40 malam pada hari yang sama.

Hasil pemantauan mendapati, memang tiada sebarang operasi pengilangan arak yang dijalankan dan asap yang dikeluarkan daripada satu cerobong kilang di situ adalah wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah seakan gandum atau ragi.

Kilang3

Pasukan kami juga bertemu dengan pengurus kilang terbabit dan dimaklumkan bahawa asap itu adalah wap yang keluar hasil daripada proses pemanasan sejenis bahan mentah.Bahan ini perlu dipanaskan bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang. Ia (wap) perlu dikeluarkan bagi mengelakkan berlaku letupan.” 

Katanya lagi, ia sebagai satu proses untuk meletakkan kilang itu dalam keadaan siap siaga, malah perkara ini telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Tambahnya berdasarkan surat kebenaran MITI ke atas kilang berkenaan, hanya 10 peratus pekerja dibenarkan bergerak dari kediaman ke kilang atau premis masing-masing.

Susulan insiden tular itu juga pihaknya akan memanggil pemilik akaun Facebook terbabit bagi membantu siasatan.

 

Baca : Semua Kilang Arak Diarahkan Tutup Sepanjang ‘Total Lockdown’ – MKN

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.