Semalam, viral sebuah video yang diambil dari udara melihatkan situasi kesesakan lalu lintas di Kota Bharu, Kelantan yang mengakibatkan pengguna jalan raya terkandas selama 5 jam lamanya. Aduh teruk jugak tu!
https://www.facebook.com/RizalHakimmPunyer/posts/926154767954393
Kebanyakan netizen yang melihat video tersebut mengandaikan kesesakan lalu lintas ini berlaku dek kerana kedegilan rakyat yang merentas negeri untuk pulang berhari raya di Kelantan.
Rata-rata sebenarnya agak risau disebabkan Kelantan kini mengalami peningkatan kes COVID 19 yang agak mendadak di samping wujudnya varian Afrika Selatan yang tersebar di sana.

Polis tutup jalan bagi minimakan kemasukan kereta ke KB
Walau bagaimanapun, rupa-rupanya kesesakan lalu lintas tersebut bukannya disebabkan kemasukan kenderaan luar ke negeri Kelantan tetapi kerana Jambatan Tendong ditutup sementara semalam bagi meminimumkan kemasukan kenderaan ke Kota Bharu berikutan peningkatan kes COVID 19.
Menurut Berita Harian, laluan dari Wakaf Bharu menuju ke Jambatan Sultan Yahya Petra telah mengalami kesesakan teruk sepanjang 5km berikutan penutupan laluan bertingkat tersebut.

Rata-rata pengguna jalan raya mengeluh kerana terperangkap antara 3 ke 5 jam hingga banyak urusan mereka yang tertangguh.
Memang sangat terkejut dan tidak menyangka dengan situasi begini dan biasanya perjalanan saya ke kedai hanyalah setengah jam tapi hari ini sudah tiga jam, masih belum dapat memasuki jambatan.
“Difahamkan sejak petang semalam lagi berlaku kesesakan di laluan ini tapi tidak seteruk hari ini dan mungkin esok saya akan bertolak dari rumah lebih awal beberapa jam supaya kedai runcit dapat dibuka tepat jam 10.30 pagi,” kata peniaga runcit, Roziyana Che Ahmad, 47.

Kesesakan tersebut dianggap luar biasa malah ramai yang mendakwa ia disebabkan orang ramai nak keluar mendapatkan kelengkapan beraya dan ada juga yang mengatakan ia disebabkan kepulangan perantau ke kampung halaman.
Apa-apapun dengan raya yang tak berapa hari lagi bakal menjelma, diharapkan kita semua terus menjaga SOP kerana bimbang wabak ini akan merebak lebih teruk selepas Aidilfitri nanti.

