in

“Ia membabitkan peruntukan yang besar” – Kerajaan Tolak Permohonan ‘Total Lockdown’ Kelantan Untuk Kali Kedua

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, sejak kebelakangan ini Kelantan merupakan antara negeri di Malaysia yang mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 harian yang agak tinggi. Semalam sahaja, KKM melaporkan ada sebanyak 296 kes positif dilaporkan.


Sebagai langkah untuk memastikan kes di sana dapat dibendung, kerajaan Kelantan telah membuat permohonan untuk membuat sekatan ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti PKP 1.0 yang dilaksanakan pada Mac lalu.

Untuk pengetahuan korang, ini adalah permohonan kedua yang dibuat oleh kerajaan Kelantan. Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan, permohonan kali kedua ini telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana perlaksanaan lockdown tersebut akan memberikan impak yang besar kepada ramai pihak.

2910 Emco 20201029Mz007

Sekiranya ‘lockdown’ itu dilaksanakan, kerajaan pusat perlu menyediakan insentif khas kepada golongan yang terjejas dan ia membabitkan peruntukan yang besar.

Jadi kerajaan pusat mencadangkan supaya Kelantan memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada bagi mengekang penularan Covid-19

Antara SOP yang dicadangkan untuk diperketatkan lagi adalah dengan menghadkan jumlah penumpang dalam kenderaan dan hanya membenarkan ketua keluarga keluar untuk membeli barangan keperluan.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakod berkata, kerajaan negeri telah memberikan laporan kepada MKN berhubung situasi kes Covid-19 yang berada di tahap mencemaskan.

Kita hantar laporan menyatakan Kelantan ini di peringkat yang dah cemas.

“Sepatutnya dengan apa yang berlaku dah tinggi, tetapi pihak-pihak tertentu memikirkan banyak sudut. Perkara ini kita perlu dengar pandangan banyak pihak.

“Jadi kita tunggulah apa-apa yang bersesuai akan diarahkan kepada Kelantan.”

 

Baca: Kes COVID 19 Semakin Meningkat, Kelantan Tidak Bercadang Beli Vaksin Sendiri Kerana Kos Yang Tinggi

Screenshot 2021 05 05 At 2.31.07 Pm

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.