in

Viral Video Kanak-kanak Di Balkoni Didakwa Didera, Ini Penjelasan Polis

ft kanak kanak berdiri diluar balkoni 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video viral di media sosial memperlihatkan seorang kanak-kanak berdiri di luar balkoni rumah telah mengundang kemarahan netizen.

Ini kerana, kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah kawasan residensi di Bukit Jalil itu  dikatakan kanak-kanak dalam video tersebut telah di dera, bagaimanapun pihak polis hari ini telah tampil memberikan keterangan terhadap situasi sebenar.


 

Bukan didera, tapi kanak-kanak itu hypercative

Ianya selepas mereka menerima satu laporan berhubung isu tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata video itu mula tular kira-kira jam 4 petang semalam, lapor Harian Metro.

https://www.facebook.com/inforoablock/posts/210961357910337

Kata Saiful Annuar Yusoff lagi, kanak-kanak perempuan itu sedang berada di rumah neneknya.

“Susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Kuala Lumpur menjalankan siasatan berkaitan video berkenaan.”

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berusia lima tahun itu pergi ke rumah neneknya yang juga lokasi kejadian bersama keluarga untuk membuat persiapan majlis perkahwinan ibu saudaranya.”

Dalam pada itu, bapa kepada kanak-kanak tersebut turut menjelaskan bahawa anaknya seorang yang hyperaktif. Dalam kejadian, mangsa keluar dari balkoni kerana mahu melihat kolam mandi yang berada di tingkat bawah kondominium berkenaan.

kanak kanak berdiri diluar balkoni kanak kanak berdiri diluar balkoni 2

Katanya lagi, selepas dalam 3 minit, ibu bapan berjaya pujuk kanak-kanak untuk masuk dalam rumah.

“Kami membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.”

Disebabkan itu, beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi.

kanak kanak berdiri diluar balkoni 3

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan informasi dari sumber tidak sahih dan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.”

Dalam pada itu, pihak polis juga memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang kesalahan yang melanggar udang-undang.

 

Baca : Wanita Rakam Video Minta Bantuan Pulang ke Malaysia, Tak Tahan Didera Ibu Mertua di India

dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.