Sejak semalam, telatah daripada seorang kanak-kanak cilik dari Kedah jadi wartawan telah mengundang perhatian ramai.
Susulan dengan laporan kes ular sawa itu, pihak Astro Awani telah ke Pasar Bukit Selambau untuk bertemu dengan adik Muhammad Hafiq Mohd Asyraf.
“Setelah interview ikan, kita akan interview sayur”
Ketika ditemubual, adik Hafiq menceritakan waktu dia bertemu dengan ular sawa tersebut, katanya, dia mendapati ada longkang tersumbat, pada mulanya dia sangka ada sampah banyak rupanya terdapat ular sawa batik yang besar di dalam longkang tersebut.
“Kami terus menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan, mereka sampai pada pukul 7.30 malam dan dia menangkap ular itu menggunakan alat khas mereka dan ular itu panjangnya 4 meter dan seberat 30 kg dan APM telah lepaskan ular itu di tempat yang selamat.”
Tambah remaja berumur 12 tahun ini lagi, dia mendapat khabar berita itu daripada ayahnya menerusi mesej ketika dia sedang melakukan tugasan sekolah di rumah.
@putra_marr wartawan sampai semput..This is kedah #SELAMBAUHILL#fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypage #penternakkambing #kedahdarulaman
Dia terus bergegas untuk melihatnya dan terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Selepas ditemu ramah, pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau ini diberi peluang menjadi wartawan Astro Awani.
Wehh, comell!!!
Video itu telah mendapat perhatian netizen di Twitter dan telah meraih lebih daripada 8,000 jumlah retweets dalam masa 2 jam! Ramai netizen terhibur melihatnya selain memuji tahap keyakinannya yang tinggi dan kemahirannya berkomunikasi seawal umur 12 tahun.
Astro Awani, hire him! – Netizen
Hebat kau dik, min masa study masscomm dulu pun tak selancar ni, min doakan adik Hafiq dapat jadi wartawan suatu hari ini, Amiin!