in

Viral Video Curi Barang, Pencuri Bawa Peguam Suruh Staff Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Ft Kantoi Curi Ugut Nak Saman Sebab Viralkan Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, viral satu video di Indonesia apabila pekerja serbaneka berjaya mencekup seorang wanita yang didapati mencuri coklat pada Sabtu, 13 Ogos 2022 lepas di Tanggerang Selatan.

Dalam video tersebut pekerja itu menahan pelaku, Mariana dari terus keluar untuk menuju ke kenderaannya dan dibantu oleh pekerja lain. Mereka merampas coklat itu dan meminta Mariana membuat pembayaran dulu.


“Kenapa tak nak bayar dulu?”

https://www.instagram.com/p/ChR9NZFJKOm/?utm_source=ig_embed&ig_rid=b60fe215-4bf7-47d8-afc4-e8900a32366a

Dalam video yang viral menerusi Instagram lagi, dilihat Mariana enggan membayarnya serta kembalikan coklat tersebut. Tetapi selepas didesak Mariana akur dan membuat pembayaran denda biarpun barang itu tidak dipulangkan kepadanya.

Memandangkan video tersebut tular, Mariana terus tekad membawa peguamnya dan menuntut permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyebarkan video tersebut. Jika tidak pekerja itu akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya pekerja Alfamart ingin mengesahkan bahawa, video yang tersebar di media sosial itu hanyalah salah faham di antara kami, yang mana tindakan menularkannya telah menjejaskan imej Puan Mariana.”

“Saya memohon maaf kepada Puan Mariana kerana telah menyebarkan video kejadian. Alhamdulillah, masalah yang timbul telah diselesaikan secara kekeluargaan.”

Peguam dakwa pelaku itu ‘terambil’

Selepas pekerja itu membuat permohonan maaf, peguam tersebut memberikan penjelasan bahawa kononnya pelaku itu terambil coklat tersebut secara tidak sengaja dan terlupa nak bayar sebab terlalu banyak fikir.

“Klien saya pergi ke Alfamart untuk membeli sesuatu. Dia ketika itu sedang serabut memikirkan sesuatu dan secara tidak sedar telah mengambil coklat Cadbury itu yang dimasukkan ke dalam beg tangannya.”

“Semasa hendak keluar dari kedai, Mariana didatangi pekerja Alfamart yang meminta agar dia membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum beredar. Mariana masuk semula ke kedai untuk membuat pembayaran.”

“Dia sudah membayar, tetapi coklat Cadbury yang dirampas tidak diberi kepadanya. Dia hanya membayar denda kira-kira 100,000 rupiah (RM30) sebelum pulang. Keesokan harinya, video itu viral di media sosial membuatkan Mariana terkejut lalu datang semula ke Alfamart untuk bertanya siapa yang menyebarkan video itu.”

Kantoi curi 2 botol syampu sekali

Menerusi tribunnews, atas kelakuan pelaku yang dikenali sebagai Mariana, kes ini dah jadi kes polis dan Ketua Polis Tangerang Selatan, Sarly Sollu, pihak pengurusan pasaraya tersebut telah menerima laporan terhadap tindakan Mariana yang mencuri dan mengugut untuk ambil tindakan undang-undang terhadap pekerjanya.

Siasatan awal polis pula mendapati, Mariana bukan hanya mengambil coklat Cadbury, malah turut mencuri dua botol syampu jenama Rejoice, berdasarkan semakan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pihak pasaraya tersebut rasa tak puas hati dengan tindakan Mariana, mereka sebaliknya akan bantu Amelia yang telah menjalankan tugas dengan baik.

Dah berdamai, mengaku memang mencuri

Isu ini jadi makin meleret apabila Frank Hutapea, anak kepada peguam terkenal di Indonesia, Hotman Paris, telah tampil membuat laporan polis bagi pihak Alfamart, pasaraya tersebut.

Jadi, enggan memanjangkan kes, Mariana pula tampil membuat permohonan maaf dan mengaku bahawa dirinya memang ada curi coklat dan syampu.

Dalam video permohonan maaf itu, Mariana diwakili oleh anak perempuannya membaca pengakuan dan permohonan maaf tersebut.

“Saya bagi pihak ibu saya, memohon maaf secara khusus kepada Amelia (pekerja Alfamart), pengurusan Alfamart Tangerang secara menyeluruh.”

“Saya dengan ini mengakui bahawa ibu saya telah melakukan pencurian tiga buah coklat dan dua botol syampu, termasuk mengugut mengambil tindakan undang-undang terhadap Amelia.”

“Saya mohon maaf sangat-sangat kepada saudari Amelia dan keluarganya.”

https://www.instagram.com/p/ChTDeYuF40L/?utm_source=ig_embed&ig_rid=49ae0a8d-89f4-4de7-8769-e02175c01f23

Walaubagaimanapun, masih belum dikenal pasti samada Mariana akan dikenakan tindakan undang-undang atau dibebaskan begitu sahaja.

Baca : “Pergi blah dengan kau punya halal” – Wanita Maki Hamun, Kantoi Curi Makanan Order Delivery

Ft Kantoi Curi Order Foodpanda Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.