in

Viral Tangkap Anjing Liar Secara Kejam, Peguam Bagi MPK 7 Hari Untuk Ambil Tindakan

Collage 39

Baru-baru ini satu video yang dimuat naik di TikTok telah tular menunjukkan seekor anjing liar yang didakwa telah ditangkap secara kejam oleh pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Video ini turut dimuat naik di Facebook Persatuan Haiwan Terbiar (SAFM) yang turut menyelar tindakan pegawai tersebut sehinggakan mulut haiwan liar berdarah didakwa berlaku akibat kekasaran pegawai terbabit.

SAFM amat kesal kejadian ini berlaku. Setiap penangkapan haiwan terbiar sudah diberi Standard Operating Procedure (SOP) untuk memastikan keselamatan haiwan dan petugas. Mengapakah MPK tidak mengikut SOP yang sedia tertera buat rujukan petugas-petugas?”

Famz8Pjvqamarzm

Peguam Hak Asasi Haiwan Rajesh Nagarajan telah pun menghantar surat tuntutan meminta pihak MPK dan Jabatan Perkhidmatan Veterina untuk mengambil tindakan disiplin  ke atas pegawai yang terlibat di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015, lapor FMT.

Jika mereka gagal ambil tindakan, kami akan bawa MPK ke mahkamah kerana salah guna kuasa untuk menyeksa anjing-anjing tersebut.”

Manakala dua saksi yang dikenali sebagai Sahana dan Nithyah turut kongsikan insiden yang berlaku di mana mereka melihat lebih dari satu anjing telah ditangkap oleh pihak MPK.

Lagi saya merayu untuk lepaskan anjing-anjing tu, lagi kuat dorang cekik anjing tersebut.

Memang itu kerja dorang tapi kenapa buat dengan kejam. Walaupun ramai orang minta untuk tunjuk simpati, tapi pegawai ni lepaskan kemarahan dekat anjing tersebut.

Anjing tu pun jinak dan orang-orang di kawasan tersebut telah menjaga anjing ini. Dia tak akan serang orang.”

Netizen yang melihat video ini turut meluahkan rasa tak puas hati mereka terhadap tindakan kejam pegawai tersebut.

Screenshot 2022 08 16 At 12.16.31 Pm

Harapnya lepas ni pihak berkuasa yang lain boleh bertindak mengikut SOP yang ditetapkan.

 

Baca: “Nak rescue ke nak dera?” – Orang-orang Majlis Perbandaran Seremban Sepak Terajang Anjing Liar Masa Nak Tangkap

Screenshot 2022 08 16 At 12.27.51 Pm