Walaupun tidak banyak lagu yang didendangkan ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, antara lagu yang paling melekat di minda kita setiap kali menyambut raya ini pastinya lagu ‘Panggilan Haji’.
Lagu yang asalnya dinyanyikan oleh penyanyi nasyid dan juga qariah dari Indonesia, Nur Asiah Jamil ini bukan sahaja terkenal di Indonesia namun menjadi siulan di Malaysia, Brunei dan juga Singapura sehingga terdapat banyak versi nyanyian lagu tersebut.
Antara versi lagu ini yang terkenal di Malaysia adalah nyanyian daripada artis-artis di bawah naungan SRC iaitu Siti Nurhaliza, Ella, Ezlynn, Waheeda, Misha Omar, Ruffedge dan Anuar Zain.
Artikel berkaitan: “Balut kain ihram macam tuala” – Gelagat Pelajar Sertai Program Kursus Haji Bikin Netizen Terhibur
Artikel berkaitan: “Dia kecewa betul” – Anak Sari Yanti Sangka Dapat Gelaran ‘Hajah’ Lepas Buat Simulasi Haji
Abang baju oren tarik perhatian netizen
Walau bagaimanapun, muzik video lagu berkenaan telah menarik perhatian netizen apabila salah seorang penyanyi dari kumpulan Ruffedge dilihat menyerlah ketika menyanyikan lagu tersebut.
Gaya nyanyiannya mendapat pujian netizen, siap ada yang membandingkannya dengan Anuar Zain yang menyanyi bahagian lagu tersebut sebelum ‘abang baju oren’ itu.
Bringing back this video wajib Aidiladha ? tiap tahun tengok pun still impress dengan abang baju oren yang xnak kalah dengan Anuar Zain ??
pic.twitter.com/lFbTXKOrMQ— ALAN (@IniAlalalannn) June 16, 2024
Bagi yang tidak mengenali penyanyi ini, beliau adalah Mode Ruffedge dan boleh dikatakan agak terkenal pada zaman kegemilangan kumpulan Ruffedge dulu.
Sedar dirinya menjadi sebutan ramai, Mode atau nama sebenarnya Syed Mohammad Syed Abdullah, 48, telah membuat kemunculan semula di TikTok.
Dia juga sempat mendendangkan sedikit lagu tersebut sebagai pengubat rindu kepada peminatnya di luar sana.
@syedmode Salam Aidil Adha dari Abam Oyen & Ruffedge #panggilanhaji #daftarhaji #salamaidiladha #abamoyenofficial
♬ original sound – Syed Mohammad Syed A – Syed Mohammad Syed A
Mode juga pada masa yang sama mengajak pengikutnya untuk mendaftar ibadah haji dengan segera agar tidak perlu menunggu lebih lama untuk menunaikan ibadah itu.
Gelak-gelak juga tapi dah seratus tahun bila nak menunggu? Jadi daftar untuk ibadah haji cepat-cepat,” katanya.
Kemunculan semula Mode mendapat perhatian netizen yang kagum dengan gaya nyanyiannya dan ada memuji penyanyi itu masih kelihatan segak seperti dulu.
Walaupun gaya nyanyian dia dah sedikit tenang tapi tetap best macam dulu!