Sejak dari awal teaser lagi, drama Surat Dari Tuhan memang menarik perhatian ramai dek kerana beberapa scene di dalam drama itu yang boleh dikatakan agak kontroversi.
Drama yang dibintangi Shukri Yahya dan Janna Nick ini sekali lagi menjadi perhatian apabila tular sebuah scene memaparkan watak Janna sebagai Misha telah bertindak kasar terhadap ibu mertuanya yang dilakonkan oleh pelakon senior, Sheila Mambo.
Artikel berkaitan: “Saya salute dengan dia” – Isu Babak Makam Rasulullah, Ustazah Asma’ Harun Dedah Janna Nick Ada DM
Artikel berkaitan: “Nak sondol sesiapa ke?” – Gelar Ruhainies ‘Penyondol’, Gurauan Janna Nick Dianggap Melampau
Janna tendang Sheila Mambo?
Video yang dimuat naik oleh Sheila di Instagram memaparkan wanita itu telah ditolak jatuh ke lantai hingga pinggan yang dipegangnya jatuh bertaburan dan tidak cukup dengan itu, Janna juga telah menendangnya di bahagian belakang.
View this post on Instagram
Video yang tular itu mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana kebanyakannya mengecam sehingga ada yang meminta supaya scene tersebut dibuang daripada ditayangkan kerana ia dianggap mempromosi keganasan.
Pun begitu, Sheila Mambo dalan postingnya telah meminta netizen untuk tidak memarahi Janna kerana menurutnya pelakon itu telahpun meminta maaf sebaik scene itu selesai dirakam.
Tambahnya lagi, Janna juga seorang anak yang baik apabila dia membantu menjaga Sheila ketika demam semasa berada di Tanah Suci Mekah.
MasyaAllah jangan marah Janna. Sebaik sahaja scene ni di cut, Janna terus datang peluk saya dan minta maaf berkali-kali.
“Dia pun tak planning nak buat macam ni. Saya dah maafkan dia. Realiti kehidupan ada saja anak-anak yang derhaka pada orang tua mereka secara terang dan halus. Semoga scene ini menjadi iktibar pada semua penonton.
“Jangan kecam Janna Nick, dia anak yang baik. Semasa saya tidak sihat di Mekah, dia yang jaga makan minum saya. Waktu tawaf sunat, dia dan PA dia banyak menjaga saya,” kata Sheila.
Drama Surat Dari Tuhan yang mula ditayangkan pada 30 Oktober ini mengisahkan kehidupan Ryan (Shukri Yahaya) yang dilanda pelbagai dugaan selepas berkahwin dengan Misha (Janna Nick) yang bersikap talam dua muka.
Ryan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya meskipun mereka telah putus tunang sebelum ini. Walaupun tidak dipersetujui ibunya Rafilah (Sheila Mambo), Ryan yakin Misha telah berubah.