in

Viral Kubur ‘Upin Ipin’, Ayah Kepada Pemilik Makam Tampil Jelaskan Kisah Sebenar

ft ayah upinipin jelaskan kisah sebenar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan video makam yang dinamakan Upin & Ipin jadi viral, bapa kepada pemilik makam itu akhirnya tampil beri penjelasan kisah sebenar.

Dengan penjelasan ini, tertanya makam itu benar-benar wujud, menurut Tribun, ianya terletak di Palu, Indonesia.


Bahkan, dengan penjelasan ibu bapanya terjawablah cerita sebenar yang secara langsungnya telah dapat menepis spekulasi yang diperkatakan sebelum ini.

 

Letak nama Upin & Ipin biar senang nak ingat

58054 viral penampakan kuburan upin ipin videonya tuai perdebatan warganet

Berikutan dengan tularnya video makam itu juga, ramai orang berkunjung ke pusara tersebut, ia telah membuatkan ayah kepada ‘Upin & Ipin’ ini jadi bingung sebab sampai ada wartawan datang mencarinya.

Ayahnya yang dikenali sebagai Hikmah (48) mengatakan bahawa Upin meninggal dunia kerana sakit pada tahun 1995 saat masih berusia 14 hari sementara adiknya Ipin juga meninggal dunia pada tahun 1996 ketika baru berusia 3 hari.

Mereka berdua dimakamkan bersebelahan, tambahnya memandangkan kedua anaknya menhadap ilahi saat baru lahir,  nama Upin & Ipin itu mula tercetus ketika mahu pasangkan batu nisan di kedua-dua pusara arwah anaknya.

Mungkin disebabkan impak daripada animasi itu kot.

“Biar senang nak ingat, jadi saya minta batu nisan itu ditulis dengan nama Upin dan Ipin.”

Memandangkan pusara kedua anaknya itu mendapat perhatian dan sering mendapat kunjungan, Hikmah yang bekerja sebagai pembuat rotan ini meminta para pengunjung untuk mendoakan anak-anaknya.

Terdahulu, viral satu video pusara yang menamakan Upin & Ipin sehingga timbul spekulasi bahawa ada kisah duka disebalik animasi yang terkenal itu. Boleh baca kat bawah ni kalau nak tahu cerita lanjut.

Al-fatihah kepada arwah ‘Upin dan Ipin’

Baca : Kecoh! Netizen Indonesia Dakwa Upin Ipin Sebenar Dah Meninggal Lepas Video Kubur Kembar Itu Tular

pagez 1

Sumber: Suara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.