Baru-baru ini, tular di media sosial tentang perkongsian seorang wanita, Hazwani Amira yang mendakwa tidak dibenarkan memasuki Korea Selatan oleh pihak imigresen lapangan terbang Korea kerana menggunakan pasport baru dan tidak membawa pasport lamanya.
Hal itu telah mendapat perhatian Wisma Putra dan sedang mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa Korea Selatan berkenaan isu tersebut susulan dakwaan terdapat beberapa lagi kes yang sama berlaku.
Sumber dari Wisma Putra mengesahkan pertemuan dengan individu yang terkesan telah dilakukan dan maklumat terperinci tentang kejadian tersebut sedang dipohon kepada pihak berkuasa yang terlibat.
Terdahulu, Hazwani telah berkongsi pengalamannya terpaksa ‘balik hari’ ketika ingin bercuti ke Korea Selatan selepas dia dan rakannya dipaksa untuk terbang semula ke Malaysia pada hari yang sama kerana tidak dibenarkan memasuki negara berkenaan oleh pihak imigresen.
Tambahnya lagi, segala dokumen perjalanan yang diperlukan telah disediakan termasuklah itinerari, Kebenaran Perjalanan Elektronik Korea (K-ETA), maklumat penerbangan balik dan juga tempahan hotel.
Artikel berkaitan : Gara-gara Tak Bawa Pasport Lama, Wanita Kongsi Pengalaman Terpaksa Balik Semula Ke Malaysia Lepas Ditahan Imigresen Korea
Artikel berkaitan : Hanya 3 Orang Ni Je Dalam Dunia Yang Tak Perlukan Pasport Bila ‘Travel’ Ke Luar Negara, Sebab…
Menurutnya, dia telah memperbaharui pasportnya sebelum ini dan tidak membawa pasport lama bersama kerana tidak menyangka bahawa ia merupakan dokumen rasmi yang diperlukan oleh pihak Korea Selatan.
Berikutan itu, Hazwani telah menghubungi Kedutaan Malaysia untuk mendapatkan bantuan namun tidak berjaya kerena pegawai imigresenenggan melayan mereka dan sebaliknya mengarahkannya untuk terbang semula ke Malaysia.
Ramai yang dah ‘biasa’ travel menasihatkan agar orang ramai untuk membawa pasport lama bersama ketika ingin melancong menggunakan pasport baharu diperbaharui kerana undang-undang imigresen berbeza antara satu sama lain. Namun, ia juga bergantung kepada pegawai imigresen yang mengendalikan kita ketika sampai di sesebuah negara.
Sumber : TRP