Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Mazda telah hangus terbakar di Taman Maluri dekat Jitra, Kedah pada Jumaat lalu.
Pemilik kenderaan yang merupakan seorang wanita terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit akibat kejadian tersebut.
Menurut perkongsian adik lelaki mangsa, Amirul Afifi Romli mendakwa kereta milik kakaknya itu terbakar berkemungkinan disebabkan perbuatan khianat.
Belum ada maklumat lanjut dan lengkap….yang diketahui seorang wanita terpaksa menanggung puluhan ribu ringgit apabila kereta kesayangan terbakar di Taman Maluri dekat Jitra, Kedah pada Jumaat lalu
Kredit : Majoriti pic.twitter.com/KRItRIPvy5
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 21, 2024
Artikel berkaitan: Pondok ‘Parking’ Dibakar Di Terengganu Gara-gara Caj Bayaran Terlalu Mahal?
Artikel berkaitan: “Syukur saya, anak, isteri selamat” – Kereta Terbakar Ketika Dipandu, Roy Azman Cerita Pengalaman Ngeri
Dah bakar Mazda, nak bakar pula Mercedes esoknya
Menurut Amirul, kejadian itu difahamkan berlaku pada jam 2 pagi hari Jumaat dan mereka sekeluarga mendapat tahu mengenai kebakaran itu setelah mendapat panggilan daripada jiran.
Pada pukul 2 pagi Jumaat, keluarga saya dikejutkan dengan panggilan daripada jiran yang memberitahu kereta kami terbakar. Semua berlari ke belakang sebab takut merebak ke rumah.
“Alhamdulillah bomba berjaya sampai dengan pantas memadamkan kebakaran sebelum merebak ke rumah kami.
“Sehari selepas itu, pada pukul 12.05 tengah malam Sabtu, ada seorang budak lelaki tak dikenali menghampiri kereta dengan penuh mencurigakan.
“Dia kemudian lari tak cukup tanah sebab kena sergah oleh adik saya sebab nampak dia macam nak buat sesuatu (takut mungkin dia cucuh api lagi),” jelasnya.
Namun menurutnya, individu itu dikatakan datang semula pada keesokan hari untuk membakar pula satu kenderaan lain jenama Mercedes.
Saya sebagai owner video rakaman yang pertama itu, hari kedua selepas kejadian si pelaku datang semula. Ya selepas Mazda kami dibakar kami syak dia nak bakar Mercedes juga,” katanya.
Tambahnya lagi, setakat ini keluarganya tidak mengetahui siapa suspek tersebut dan menyerahkan kes ini kepada pihak forensik.
Sehingga setakat ini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis berkaitan kes ini dan ia masih di dalam siasatan.