Seperti yang kita tahu, baru-baru ini ‘panas’ di media sosial mengenai video Kak Long yang mengamuk di outlet 7Eleven (7E) sehingga menerima kecaman orang ramai akibat tindakannya yang agak biadap kerana anaknya dituduh mencuri.
Disebabkan itu, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura, kembali ke outlet berkenaan pada keesokan harinya dan membuat permohonan maaf kepada staf yang bertugas pada hari kejadian.
Pada hari yang sama, wakil dari 7E memuatnaik satu video penjelasan tentang kejadian sebenar menerusi akaun TikTok rasmi 7Eleven Malaysia iaitu @7elevenmalaysia_official, ekoran kejadian yang telah tular itu.
@7elevenmalaysia_official Reply to @_peppermintmocha Marilah kita saling bermaafan & cipta kenangan indah bersama 7-Eleven❤️ We love you guys🥰
Sedia maklum dengan situasi yang berlaku, wakil tersebut menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku pada malam Rabu dan ianya hanyalah berpunca dari salah faham antara kedua-dua pihak.
“Anak berlari keluar untuk dapatkan ibu dia”
Ini kerana, selepas mendapatkan penjelasan jelas dari staf yang bertugas pada waktu itu, difahamkan anak kepada Kak Long telah masuk ke dalam 7E bersama tiga orang rakannya yang lain.
“Salah sorang kawan kepada adik ni, maklumkan kepada pekerja saya yang adik ini telahpun mencuri” – Wakil 7E
Terkejut dengan kenyataan rakan kepada anak Kak Long itu, staf tersebut segera bertanyakan tentang kebenarannya. Namun, disebabkan rasa takut, dia terus menangis dan keluar dari outlet untuk mencari ibunya.
“Bila pihak kami buat semakan CCTV, adik ni tidak mencuri apa-apa, barang pun tiada yang hilang” – Wakil 7E
Ekoran itu, wakil dari 7E ini meminta agar orang ramai untuk berhenti mengecam Kak Long dan menyifatkan kejadian yang berlaku sebagai sesuatu yang menjadi pengajaran agar tidak berulang lagi isu yang sama.
Nasib baik lah isu ni diselesaikan dengan baik… Lega min rasa bila diorang dah bermaaf-maafan, pastikan jangan ulang lagi ya!
Baca: “Pengajaran buat kak long” – Wanita Menangis Minta Maaf Pada Cashier Lepas Video Mengamuk Dikecam