Sejak semalam viral foto-foto di media sosial menunjukkan golongan VIP membuat majlis perkahwinan. Apa yang menarik perhatian netizen, adalah majlis perkahwinan itu diadakan di tempat PKPB.
Foto tersebut juga memperlihatkan majlis itu turut dihadiri oleh menteri-menteri yang dikatakan dari negeri PKPB yang lain.
Difahamkan majlis perkahwinan anak VIP yang dikenali itu dijalankan di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.
Perkongsian itu telah meraih 3.9K sepanjang 17 jam ia dimuat naik di Facebook dan lebih daripada 8,000 retweets di Twitter.
Menurut netizen, mereka mendakwa bahawa perkongsian itu telah dipadamkan di Instagram milik VIP tersebut.
Disebabkan ada netizen cuba memberikan mesej kepada individu tersebut namun hanya seen sahaja sebelum dikongsikan di Twitter dan ia sekaligus telah mengundang kemarahan netizen.
Ada juga netizen mendakwa bahawa individu itu dah sulitkan profil Instagramnya.
Bagaimanapun, kesahihan gambar ini masih belum disahkan oleh tuan empunya badan, mungkin ia akan terjawab nanti.
Baca : Majlis Sosial, Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi Dibenarkan Di Kawasan PKPB & PKPP Bermula 5 Mac