in

[VIDEO] Mak Mulut Lancang Maki & Belasah Anak Dalam Bas, Sebelum Kena Tegur Dengan Polis

ft mak maki hamun pukul anak dalam bas

Selain mengganggu ketenteraman penumpang lain, tindakan seorang mak anak 3 telah mencetuskan kebimbangan apabila dia mula melakukan keganasan fizikal kepada anaknya.

Menurut pengguna TikTok yang dikenali sebagai Qissy ini, sepanjang 8 jam ketika berada di dalam bas, penumpang tersebut tidak henti-henti memarahi anak-anak dengan kata-kata kesat.

 

“Ko tu anak h*r*m.”

Menurut Qissy, dia dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Temerloh dan katanya sepanjang perjalanan memang suasana di dalam bas bising dengan kata-kata buruk daripada si mak dekat anak-anaknya.

Antara kata-kata kesat yang keluar dari mulutnya adalah..Tengok video kat bawah ni

@amethystnb_

to all marriage couple out there, jangan buat anak if tak ready mental & physical ya. sedih dengar ? anak anak tk berdosa ya

♬ Happier Than Ever – Billie Eilish

Tak lama selepas itu, Qissy ada kongsikan suara yang menunjukkan seolah-olah si ibu memukul anaknya kerana salah seorang anaknya itu dikatakan ada ‘buang air’. Si anak kedengaran meronta-ronta kesakitan akibat perbuatan si ibunya.

Sampaikan Qissy seriau bila mendengarnya.

 

“Seram ya, saya doakan anak dia tak trauma dan membesar dengan baik.”

https://www.tiktok.com/@amethystnb_/video/7103146232947789082?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Selepas dibiarkan perbuatan ibunya itu berlarutan sampai penumpang lain tak tahan, salah seorang pakcik bangun dan menegur si ibu ini, namun tanpa diduga Qissy menjelaskan bahawa pakcik itu rupa-rupanya seorang polis.

Wanita itu dimarahi oleh pakcik tersebut dan menggesa untuk ambil tindakan segera jika tidak berhenti bertindak sedemikian rupa.

 

“Nasib pakcik ni tegur, sebab kitaorang dah tahan telinga sampai 8 jam dalam bas dari Kota Bharu dengar dia maki & pukul anak dia.”

https://www.tiktok.com/@amethystnb_/video/7103095047129746715?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Atas kejadian ini Qissy menjelaskan bahawa dia tidak mengkritik wanita itu kerana tidak ada dalam situasinya. Dia cuma rasa kesian melihat nasib anak-anak kecil tersebut.

Memandangkan  video ini viral dan meraih jutaan tontonan dalam masa sehari, ada netizen mempertikaikan tindakan Qissy yang hanya duduk diam dan tidak membantu. Qisssy menegaskan bahawa dia sendiri tengah tergamam pada waktu itu.

https://www.tiktok.com/@amethystnb_/video/7103170133232733467?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Apapun, selepas si mak itu kena tegur dengan pakcik polis, keadaan menjadi reda dan si mak itu pun telah melayan anaknya dengan baik. Mudah-mudahan anak itu baik-baik sahaja.

Baca : “Biasalah budak ada mood dia” – [VIDEO] Ramai Netizen Marah Kanak-kanak ‘Kacau’ Gambar Raya

tttantrum