Seperti yang kita tahu, kejohanan bola sepak antarabangsa iaitu Piala Dunia FIFA telah berlangsung di Qatar dan dijangka akan berakhir pada 18 Disember, bulan depan. Sudah tentu ramai orang dari pelusuk dunia akan berpusu-pusu ke negara tersebut untuk menonton dan merasai sendiri kemeriahan acara bola sepak itu.
Namun, dalam kegembiraan meraikan piala dunia itu seharusnya setiap penonton berjaga-jaga terhadap sekeliling agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti dirompak mahu disamun.
Wartawan kena rompak semasa buat liputan
Kalau tidak berjaga-jaga, anda mungkin akan senasib dengan seorang wartawan penyiaran yang menghadapi detik cemas apabila dirompak pada hari pertama kejohanan itu.
Sebuah video yang tular di laman Twitter juga telah tersebar dengan memaparkan Metzger sedang membuat liputan secara langsung berdekatan dengan sekumpulan para pemuda yang dipercayai telah merompak barangannya secara senyap.
TV reporter robbed while live on-air in Qatar #WorldCup pic.twitter.com/zCaUbyYZ7O
— Ticker (@tickercotweets) November 22, 2022
Menurut Harian Metro, kejadian berlaku ketika wartawan dikenali Dominique Metzger membuat lintas langsung untuk menyampaikan perkembangan semasa. Insiden yang berlaku itu membuatkan wartawan tersebut terkedu dan terus membuat laporan polis.
Susulan insiden itu, polis menawarkan sokongan penuh dan jaminan suspek akan dikesan dalam masa yang singkat menggunakan kamera keselamatan tinggi di negara itu selain meminta cadangannya untuk hukuman penjara.
Fuhh masa live pun boleh kena rompak! Berjaga-jaga ye semua kalau nak melancong ke luar negara…
Baca: [VIDEO] Lelaki Arab Tolak ‘Interview’ Dengan Wartawan Israel Semasa Piala Dunia FIFA Di Qatar