in

[Video] Warga Emas Mati Ditolak Keluar Dari Bas Lepas Beri Nasihat Pada Seorang Wanita

Collage 25

Baru-baru ni di Amerika Syarikat, seorang wanita berdepan dengan dakwaan membunuh selepas menolak seorang lelaki tua berusia 74 tahun sehingga menyebabkan kematian.

Menurut Mirror, pihak polis telah keluarkan video kejadian yang berlaku pada 21 Mac lepas. Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh nampak macam mana kuatnya perempuan tu tolak. Aduh, kejam betul.

Lelaki malang tersebut, Serge Fournier dikatakan telah menegur wanita tersebut di dalam bas supaya bercakap sopan dengan orang lain sebelum dia ditolak dengan kuat hingga menyebabkan kepalanya terhentak di atas jalan.

Pada awalnya, wanita tersebut, Cadesha Michelle Bishop telah berdepan dengan dakwaan percubaan membunuh selepas tolakannya itu.

Namun, pada 23 April, sebulan selepas kejadian, dakwaan Cadesha ditukar sebagai pembunuhan oleh pendakwa raya.

Kalau korang nak tahu, lelaki ni terlantar dekat hospital selama sebulan akibat cedera parah sebelum meninggal dunia.

0 Serge Fournier

Laporan dari pihak polis mengatakan, Serge sedang berjalan keluar dari bas sebelum dia meminta wanita yang sedang bercakap kasar dengan orang lain untuk bersikap lebih sopan.

Cadesha dituduh menolak Serge keluar dari pintu bas dengan tolakan yang sangat kuat hingga menyebabkan lelaki itu tak sempat untuk memijak tangga bas sebelum terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan.

Lebih menyedihkan lagi, lelaki malang ini mempunyai isteri kurang upaya, jadi kematian lelaki ini boleh menyebabkan isterinya mengalami masalah kewangan.

Fs

Dikatakan, Cadesha berada di dalam bas itu bersama anak lelakinya dan dalam satu lagi rakaman CCTV yang belum dikeluarkan oleh pihak polis mengatakan Cadesha dilihat sedang berjalan pergi sambil memegang tangan anaknya selepas insiden itu.

Sebelum ini, rekod mahkamah menujukkan Cadesha pernah ditahan dua kali pada 2014 dan 2015 atas kesalahan melakukan keganasan terhadap orang lain.

Haih, kesian betul dengan pak cik tu, lagi-lagi mengenangkan isteri dia. Kenapalah wujud manusia ganas macam perempuan tu?

 

Baca: Remaja Kena “Tibai” Cukup-cukup Dengan Orang Kampung Lepas Buli Pakcik Ni, Siap Main Kepala Lagi

Screenshot 2019 05 17 At 11.28.04 Am