Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, rata-rata rakyat Malaysia kehilangan sumber pendapatan selepas banyak perniagaan yang terpaksa diberhentikan buat sementara waktu.
Situasi ini juga turut dialami oleh warga asing yang menetap di Malaysia.
Warga asing berebut kawasan potong rumput?
Terbaru, My Crime Watch ada memuat naik sebuah video yang melihatkan dua warga asing bertumbuk di sebuah kawasan perumahan.
“Warga asing bergaduh berebut kawasan mesin rumput. Jarang-jarang berlaku”
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1251145923494699013
Berdasarkan perkongsian tersebut, kedua-dua warga asing tersebut sedang bergaduh merebutkan kawasan untuk memotong rumput. Adakah ini kesan PKP yang membuatkan mereka terdesak untuk mencari wang?
Perkongsian ini turut mendapat reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib kedua-dua warga asing tersebut.
“Both lapar sebenarnya”
“Patut leraikan bukannya buat content”
“Yang ambil video ni…”
Semoga semuanya dipermudahkan buat kita semua.
Sumber: My Crime Watch
BACA: Warga Emas 80 Tahun Didenda RM1000 Selepas Keluar Menunggu Bantuan Makanan