Tindakan tiada sivik daripada seorang wanita dari negara seberang telah mengundang kecaman apabila dia membawa motosikalnya ‘redah’ orang ramai yang sedang melakukan majlis perkahwinan.
Lalu bawa motor masa majlis tengah berlangsung
Dalam video yang dikongsikan menerusi Instagram Fakta.Indo, dilihat pemilik motor tersebut melakukan tindakan itu dengan sengaja. Malah jika diperhatikan, wanita itu seolah-olah tidak menghiraukan para tetamu yang berada di situ.
https://www.instagram.com/p/Cd4styEMhcZ/
“Seorang penunggang motosikal melalui jalan yang digunakan untuk majlis. Jika ya, anda rasa siapa yang salah?”
Walaupun waktu, lokasi kejadian dan motif asal wanita tersebut melakukan tindakan sedemikian masih belum dikenalpasti, ramai netizen bengang apabila melihatnya kerana dianggap tidak menghormati majlis berkenaan.
Namun begitu, ada juga yang berfikiran positif jika lokasi itu merupakan satu-satunya jalan yang ada untuk menuju ke suatu destinasi itu.
Baca : [VIDEO] Pengantin Kecewa, Majlis Kahwin Musnah Gara-gara ‘Wedding Planner’ Datang Jam 1 Petang