Kecoh di media sosial satu kejadian yang melibatkan seorang individu bergelang merah jambu di sebuah stesen minyak. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata sedia maklum pemakai gelang pink secara umumnya sedang menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari.
Kejadian itu mendapat liputan media dan juga pihak polis yang sudah pun mengenalpasti individu terbabit yang telah berada di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang. Ikuti laporan Buletin TV3 dalam video di bawah ini.
https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/662959344368062/?vh=e&extid=0&d=n
Reaksi netizen
Rata-rata netizen menzahirkan keresahan dan kerisauan dengan video tersebut. Mana tidaknya, virus Covid-19 mungkin berada dimana-mana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Selagi boleh kita patuhi SOP dan kurangkan risiko memang kita akan buat.
Jangan keluar kalau tak ada keperluan. Kalau boleh tu elak tempat yang sesak dan singkatkan masa kita diluar rumah. Kalau ada perkara mendesak untuk keluar rumah, tolonglah patuhi SOP betul-betul.
Betul, admin setuju. Kalau nampak ada lagi orang yang pakai gelang pink, terus report polis. Nanti tahulah polis nak ambil tindakan selanjutnya macam mana.
Yang ni admin tak berapa setuju. Sepatutnya gelang pink tu diwajibkan kuarantin. Kalau tak patuh arahan kuarantin dan boleh keluar rumah lagi, mungkin dia boleh jadi super-spreader. Lepas tu mulalah ada kluster-kluster lain dan penyebaran dalam komuniti.
Korang kalau nampak orang pakai gelang pink, cepat-cepat report polis tau.