in

[VIDEO] Viral Di TikTok, Penyanyi Seberang Perjelas Maksud ‘Deep’ Lagu ‘Dawai’

ft lagu dawai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekiranya korang aktif di TikTok, pastinya korang akan terdengar atau setidaknya pernah melintas di FYP sebuah lagu yang berjudul ‘Dawai’.

Untuk yang belum tahu, Dawai ni merupakan runut bunyi untuk filem yang tular juga di media sosial semenjak dua ini iaitu Air Mata Di Ujung Sajadah arahan Key Mangunsong yang sedang ditayangkan di pawagam, lakonan Fedi Nuril, Citra Kirana, Titi Kamal dan lain-lain.


Berbalik pada lagu Dawai tadi, pada awalnya ramai yang tertanya pemilihan tajuk lagu berkenaan kerana secara lazimnya kita terus akan terfikirkan tali yang diperbuat dari logam dan ia seakan ‘tidak kena’ dengan bait-bait lirik yang mengandungi makna yang menyentuh hati.

Baru-baru ini, seorang peminat telah memuat naik video penjelasan dari Fadhilah Intan sendiri mengenai lagu Dawai tersebut di Tiktok.

Artikel berkaitan : “Lagu ini berkenaan Sayidatina Aishah”- Pemuda Tegur Pengguna TikToker Buat Challenge Lagu Nirmala

Artikel berkaitan : Lirik Lagu Ditukar ‘Pinjam 100 Nur Nilam Sari’, M Nasir Tak Kisah

Menerusi video berkenaan, Fadhilah menjelaskan ‘Dawai’ itu sebenarnya menggambarkan tali dari alat muzik seperti gitar dan sebagainya.

“Jadi kalau kamu dengar lirik lagu ini seperti, “Dawai, yang telah lama ku petik, Sumbang dan terus lirih berpekik”.

Menurutnya lagi, bait ini menggambarkan situasi bermain muzik yang pastinya pemain ingin menghasilkan bunyi yang indah dan bukannya sumbang.

Namun, suatu hari pastinya ada hari yang mana petikan itu akan sumbang dan itu diibaratkan kehidupan yang mana tidak semuanya lancar dan pasti ada masalah yang menimpa.

@cebonghae #CapCut dengerin sampai abis, penjelasan arti #dawai #dawaifadhilahintan #fadhilahintan #artilagudawai ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Jadi lagu Dawai itu sendiri menceritakan sebuah kehidupan yang tak mungkin sempurna, pasti ada masalah, halangan serta cabarannya.

Sama seperti filem Air Mata Di Ujung Sajadah sendiri, kisah dalam lagu Dawai ini adalah tentang kehidupan sedih seorang wanita yang dikhianati dalam perhubungan selain ia juga seolah-olah menyingkap perasaan dilema seorang ibu apabila dikhianati dan memperjuangkan hak yang diambil daripadanya.

Sumber : Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.