in

[VIDEO] Tutup Kilang 5 Hari, Khairul Aming Bawa Staf Bercuti Ke Langkawi Siap Naik ‘Private Yacht’!

Ft Khairulaming Bawa Staf Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Telah tular baru-baru ini, sebuah video di TikTok memaparkan influencer dan usahawan, Khairul Aming yang membawa seramai 60 kakitangan kilangnya pergi bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat kakitangannya dibawa untuk check in di sebuah hotel lima bintang di pulau tersebut.


@khairulaming

Kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tgk sunset & duit belanja untuk diaorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy ✨🥹

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

“Kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tengok sunset & duit belanja untuk diaorang shopping. Alhamdulillah semua happy,” tulisnya.

Siap ada private yacht!

Screenshot 5

Apa yang menarik perhatian netizen, pada hari kedua percutian mereka di Langkawi, Khairul Aming telah membuat kejutan dengan menyewa dua buah private yacht untuk stafnya. Fuh memang best!

“Esok tu aku buat surprise sikit, aku sediakan dua private yacht cruise untuk diaorang tengok sunset. Cruise ini tak campur dengan orang luar and then diaorang boleh lah enjoy matahari terbenam sambil berenang,” katanya.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh mereka di atas cruise tersebut seperti mandi laut, menaiki jetski dan makanan juga disediakan.

Screenshot 1

Selain itu, kesemua 60 stafnya turut menerima ‘duit poket’ agar mereka bolehshopping dan juga beli coklat untuk dibawa balik.

Khairul Aming turut membawa mereka semua ke kawasan menarik disekeliling pulau itu seperti Underwater World Langkawi, memberi makan burung helang singgah di gua dan sebagainya.

Terakhir, dilihat mereka telah membuat tempahan di sebuah restoran untuk kesemua 60 staf menjamu selera bersama-sama.

“Finally, kita reserve satu restoran dekat sana untuk diaorang makan ramai-ramai dalam tu, enjoy masakan kampung. Alhamdulillah, kesemua 60 orang staff sangatlah happy,” jelasnya.

Amboi.. bukan senang eh nak dapat boss macam ni..

Baca : “Hell’s Kitchen vs Hey wassap guys” – Netizen Teruja Gordon Ramsay Duet Video Khairul Aming

Khairulaming Gordon Ramsay 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.