Semalam, umat Islam telah meraikan tahun baru (Awal Muharram,1443 Hijrah) dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud ada memberikan ucapan bersempena Maal Hijrah ini dan video itu viral.
Ia kerana ada kesilapan berlaku sepanjang tempoh beliau memberikan ucapan dan telah menarik perhatian netizen.
Bagi ucapan Hari Raya Aidilfitri ketika malam Maal Hijrah
Dalam ucapan di Majlis Doa Akhir Tahun 1442H dan Awal Tahun 1443H di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya. itu, beliau tersilap mengatakan ia bersempena Hari Raya Aidilfitri, sebutan dan ucapan itu jelas didengar menerusi satu video yang berdurasi 2 minit 8 saat.
“Saya tidak akan berucap panjang oleh kerana saya hari ini adalah sangat berat untuk kita baik lelaki atau wanita kerana kita hari ini selepas penat menyediakan persiapan Hari Raya Aidilfitri ini dengan persiapan barang makan, menyolekkan rumah.
“Oleh itu saya mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kita semua khasnya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
https://www.facebook.com/100282114724065/videos/353918176210445
Video tersebut tular di Facebook dan meraih sekitar 3,600 jumlah retweets di Twitter dalam masa sehari ia dimuat naik dan dikongsikan.
Bila perhatikan komen netizen, biarpun ada yang terhibur, ramai yang ambil berat dengan keadaaan beliau malah rata-rata pelik dengan orang-orang keliling yang tidak ambil inisiatif untuk memperbetulkan kesilapan beliau itu.
Takde orang ke yang tegur – Netizen
Harian Metro melaporkan bahawa negeri Sarawak tidak ada menyambut sambutan secara besar-besaran diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 2021/1443 berikutan dengan situasi Covid-19 ini.
Sambutan hanya diadakan malam kelmarin (9/8/2021) di Masjid Jamek Negeri di Petra Jaya, dengan majlis Doa Akhir Tahun 1442H dan Awal Tahun 1443 sebagai pengisian.
Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.