Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda sedang berborak dengan dua beradik sebelum membeli kek jualan mereka di sebuah pasaraya di Kota Bharu, Kelantan.
Pemuda yang lebih mesra dengan panggilan Syairee ternampak seorang kanak-kanak lelaki duduk di tepi tiang tempat parkir pasaraya tersebut dan sepertinya dia dilihat menjual sesuatu.
@syairee03 Allahu moga adik kuat ya,, nanti besar adik mesti jadi orang hebat aaminnn nanti abg dtg lagi okey sayang… #kotabharu #kelantan #anakyatim
Syairee kemudiannya memanggil kanak-kanak tersebut dan bertanyakan beberapa soalan, difahamkan kanak-kanak berusia 8 tahun tersebut sedang menjual kek bersama kakaknya yang berumur 16 tahun.
Sebak hati Syairee setelah mendapat tahu bahawa dua beradik itu sedang mencari wang sendiri kerana ibu mereka berada di hospital, manakala ayah mereka baru sahaja meninggal dunia akibat sakit jantung.
“Saya tanya mana mak dengan ayah, terus dia cakap ayah dah meninggal sakit jantung dan mak pula di hospital. Ya Allah terus saya rasa sedih,” kata Syairee.
Selepas tersentuh dengan cerita dua beradik tersebut, Syairee tidak teragak-agak untuk memborong kesemua 22 bekas kek daripada dua beradik itu serta berjanji bahawa dia akan berjumpa dengan mereka semula di kemudian hari.
Selain mengurus syarikat kosmetiknya, Syairee turut aktif memberi sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik, anak yatim, mangsa banjir dan golongan kurang berkemampuan.
Dia juga sempat menitipkan pesanan agar kita semua sentiasa bersikap murah hati dan tidak berkira dalam memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Ramai sedih nasib adik beradik itu
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat tindakan Syairee yang baik hati menolong dua beradik itu dan mereka turut mendoakan Syairee.
Sedihnyaaa kisah dua beradik ni!
Baca : “Cantik kereta ni” – [VIDEO] Ayah Sebak Bila Anak ‘Suprise’ Hadiah Kereta