in

[VIDEO] Tindakan Jurufoto Selamba Jalan Depan Jemaah Ketika Solat Jenazah Mangsa Kemalangan Undang Kecaman

Ft Photog Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian tragis dan menyayat hati menyelubungi rakyat Malaysia apabila melihat nasib Abdur Rahman Amir Ruddin, 19 yang menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, kesemua ahli keluarganya termasuk kedua ibu bapanya Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, yang terbunuh bersama empat lagi adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan hujung minggu lalu.


Artikel Berkaitan : “Biar dia mengadu pada Allah” –  Anak Sulung Mangsa Kemalangan Nahas 6 Beranak Ditawar Pergi Umrah

Artikel Berkaitan : Nahas 5 Kenderaan: Arwah Mahu Gambar Beramai-ramai Buat Kenang-kenangan Jika Pergi Dulu

Sudah semestinya, ramai bersimpati dengan nasib mangsa dan ia menjadi perhatian ramai pihak sampaikan ada media membuat liputan mengenai hal ini.

Dalam kesedihan yang dirasai, ada kemarahan yang timbul dalam kalangan netizen dengan tindakan seorang jurufoto ini.

Video yang dimuat oleh salah satu media tempatan itu memperlihatkan para jemaah sedang membaca doa dengan semua jenazah berada hadapan mereka sebelum ada seorang jurufoto pergi ke hadapan jemaah untuk mengambil foto.

Rata-rata netizen di platform media sosial X meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan jurufoto itu.

Screenshot 2023 09 04 152229 Screenshot 2023 09 04 152554 Screenshot 2023 09 04 152613 Screenshot 2023 09 04 152651

Bagaimanapun, ada sumber yang berpendapat mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk membuat laporan berita dan bukan untuk kepentingan diri.

Sumber: Harian Metro, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.