in

[VIDEO] Terlupa Edit Background ‘Green Screen’, Sinetron Indonesia Ini Jadi Bahan Tawa Netizen

f1 sinetron lupa edit green screen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang pernah menonton tayangan sinetron Indonesia ketika zaman kanak-kanak dulu seperti Bawang Putih, Bawang Merah, mesti korang tahu yang sinetron dari negara seberang tu memang sinonim dengan babak zoom in zoom out muka pelakon.

Namun, sinetron bertajuk Magic 5 yang ditayangkan ketika bulan Ramadan lalu di saluran TV negara itu pula telah menjadi bahan tawa netizen Indonesia kerana ada sebuah babak yang terlupa diedit bahagian latar belakang pelakon yang menggunakan green screen.


Difahamkan, babak itu memaparkan watak lelaki sinetron itu koma dan ketika koma, dia harus berjuang antara hidup dan mati.

https://www.facebook.com/watch?v=968209444532848

 

Jadi, dalam babak itu, sepatutnya editor drama itu menyunting background yang menggunakan skrin hijau itu dengan latar belakang yang menampilkan diri watak tersebut di alam baka.

Namun, latar green screen itu terlupa disunting dan telah ditayangkan tanpa suntingan.

lupa edit green screen

Jadi, apabila penonton menonton sinetron itu di televisyen, mereka telah menonton raw version iaitu versi skrin hijau yang tak sepatutnya berlaku.

Isu itu telah menyebabkan rata-rata warganet negara itu terhibur selepas video pendek yang memaparkan babak itu telah tular di TikTok.

Selepas tular di media sosial, pihak produksi sinetron itu tampil menjelaskan bahawa memang berlaku kesilapan ketika suntingan di mana editor mereka terlepas pandang dengan babak itu berikutan mereka terpaksa mengejar tarikh tayangan namun dalam masa yang sama, terdapat banyak babak yang perlu diedit dari segi latar green screen.

Untuk mengelakkannya dari berulang semula, pihak produk si telah menambah editor baru dalam team grafik.

Apa-apa pun, memang kelakar bila tengok green screen tersebut yang kemudiannya telah disunting sendiri oleh netizen Indo, ada yang letak background ‘bikini bottom’ dalam Spongebob tu tau!

Sumber: iNewsDepok.id

Baca: “Dulu terpacak depan TV”- Ini 8 Sinetron Indonesia Yang Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia Suatu Ketika Dahulu

feature 1 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.