Sehingga sekarang ini, wabak Covid-19 masih belum berjaya dibendung sepenuhnya dan kes jangkitan harian juga menunjukkan angka yang merisaukan. Bukan itu saja, masih ada beberapa negeri yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa satu.
Walaupun kelonggaran aktiviti telah diberi oleh kerajaan baru-baru ini, tapi ia tetap merisaukan ramai pihak. Jadinya, aktiviti bertemu rakan di kawasan setempat saja lah yang menghilangkan bosan seakan sama dengan kisah ini.
Perasan ada Polis dari jauh
Baru-baru ini, aksi sekumpulan pemuda yang dilihat sedang melepak depan rumah ini menjadi perhatian ramai
Posting yang dikongsi oleh @Tok_tek ini menunjukkan beberapa orang pemuda lelaki sedang duduk melepak di depan rumah. Sewaktu mereka tengah asyik duduk berborak, tiba-tiba mereka menyedari ada sebuah kereta peronda Polis datang menghampiri dengan perlahan.
Oleh sebab terkejut, mereka berempat terus ‘menggelupur’ masuk ke dalam ruangan rumah dan terus masing-masing baring ala-ala komando.
Dalam kejadian yang berlaku hampir jam 12 malam itu juga, salah seorang dari mereka sempat untuk mengintai sehinggalah kereta peronda tersebut melepasi rumah itu.
Perkongsian di Twitter itu telah menjadi bualan netizen, dan video tersebut sehingga kini dah meraih lebih dari 115k tontonan.
Tengah lepak kat luar rumah tiba-tiba polis meronda. Mengelupur semua sembunyi. pic.twitter.com/BFmSO3Gv0C
— @Tok_Tek (@Tok_Tek) August 26, 2021
“Masing2 gaya macam tengah berlatih ketenteraan ya”
Di ruangan komen, aksi sekumpulan pemuda itu nyata menghiburkan warganet yang melihat. Ada yang mengatakan bahawa tindakan mereka itu dah macam tentera sendiri selain, ada yang turut berkongsikan kisah seakan sama dengan apa dilalui pemuda-pemuda tersebut.
Laju betul dorang bergerak. Nasib baiklah tak terhentak muka ke apa, kalau tidak mahu menahan bengkak berapa hari.
Baca : Viral Menang Tiket Loteri RM2.4 Juta, Sami ‘Menyorok’ Selepas Ramai Serbu Tokong Minta Bantuan