Setiap pasangan yang berumah tangga impikan kebahagiaan dan hidup hingga ke tua. Jadi, memang tak boleh nak bayang perasaan Bunga Citra Lestari bila suaminya yang baru menginjak usia 40 tahun ini pergi secara mendadak.
Tambah menyedihkan lagi, malam semalam semasa menjadi juri di rancangan realiti TV Indonesia, BCL sempat menyanyikan lagu Soulmate dendangan Kahitna tanpa mengetahui dia bakal pulang dan menemui suaminya dah tak bernyawa.
Meskipun tak mungkin lagi
Tuk menjadi pasanganku
Namun ku yakini cinta
Kau kekasih hatiMerinding. Rest in Peace, Ashraf Sinclair. Yang kuat mbak BCL⚘ pic.twitter.com/c0ZfUm9vwJ
— peralta💫 (@xxrealminos) February 18, 2020
Satu Instagram dengan nama Lambe Turah telah memuatnaik video suasana di dalam rumah BCL ini. Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok reaksi wanita ini dengan matanya yang sembab dan sedaya upaya cuba untuk kuat bagi melayan tetamu yang datang ke sana.
https://www.instagram.com/p/B8sik4AHPXn/
Netizen turut sama berduka melihatkan keadaan BCL ini.
Allahu memang tak boleh bayang kena tinggal dengan pasangan tanpa dijangka macam ni.