in

[VIDEO] Syed Saddiq & Hannah Yeoh Kongsi 3 Inisiatif Tangani Kesihatan Mental

3 cadangan kesihatan mental

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap tahun pada 10 Oktober. Menurut World Health Organisation (WHO), objektif sambutan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang kesihatan mental serta inisiatif yang perlu diambil.

Melalui laman sosial Instagram mereka, Syed Saddiq dan Hannah Yeoh yang merupakan ahli politik Malaysia memberikan 3 cadangan untuk menangani kesihatan mental.


https://www.instagram.com/p/Cjg5xEWsWUV/

“Terdapat lebih daripada 1,100 kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun 2021 sahaja.”

“Kira-kira setengah juta kanak-kanak di Malaysia sedang mengalami masalah kesihatan mental tetapi tidak mendapatkan bantuan professional,” kata mereka.

“Masalah mental merupakan masalah kedua terbesar kesihatan selepas masalah jantung,” ujar Syed Saddiq.

Menurut video berkenaan, mereka memberikan 3 cadangan untuk menangani masalah kesihatan mental.

1. Dapatkan bantuan pakar

pexels cottonbro 4101143

Untuk menangani masalah kesihatan mental ini, kita haruslah mendapatkan bantuan dari pakar kerana mereka lebih arif dalam menentukan tahap kesihatan mental kita dan apa yang perlu dilakukan. Ini sangat penting agar kita tidak ‘self-diagnose’ kesihatan mental kita.

“Jangan takut untuk berkongsi dengan pakar, mereka bukan disini untuk dedahkan cerita anda kepada keluarga dan rakan-rakan,” tambah Syed Saddiq.

2. Peka terhadap keluarga dan rakan-rakan

pexels helena lopes 1015568

Selain itu, Hannah juga mengingatkan mereka di luar sana untuk lebih peka terhadap perubahan mood ahli keluarga dan rakan-rakan. Kemungkinan besar mereka sedang menghadapi kemurungan.

Nasihat beliau jika berdepan dengan seseorang yang murung adalah jangan terlalu awal menilai mereka sebelum mengetahui apa yang mereka lalui dan beri mereka peluang untuk berkongsi masalah mereka.

3. Menambah dana pembiayaan kerajaan

Screenshot 2022 10 11 163634

Inisiatif terakhir yang perlu diambil adalah dengan menambah dana pembiayaan kerajaan untuk menampung masalah kesihatan mental.

Mereka memberitahu bahawa Malaysia perlu menambah bilangan pakar psikiatri dan kaunselor di dalam bidang ini kerana untuk setiap 100,000 rakyat, hanya ada seorang psikiatri.

Demi menjadi pakar dalam bidang ini, mereka memerlukan latihan dan khusus kepakaran untuk membantu mereka sebelum mereka dapat membantu rakyat yang memerlukan.

Di penghujung video itu, Syed Saddiq dan Hannah Yeoh sekali lagi menekankan kepentingan menjaga kesihatan mental kita.

“Utamakan kesihatan mental anda,” kata mereka.

Jadi kepada sesiapa di luar sana yang sedang mengalami masalah kesihatan mental jangan takut untuk mendapatkan rawatan ataupun berkongsi dengan ahli keluarga atau rakan terdekat.

Baca : “Makin meningkat” – Dr Noor Azmi Minta Jangan Abaikan Kesihatan Mental Kanak-kanak & Remaja

collage 86 728x383 1

Sumber: Pexels
Sumber: Pexels
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.