Kalau masa kecik-kecik dulu, mesti ibu bapa ataupun ahli keluarga lain ada share cerita seram sebab nak takutkan kita kan? Pun begitu, kita mesti juga percaya yang kewujudan makhluk halus ni tapi kita janganlah mudah rasa takut.
Namun dalam banyak-banyak cerita seram, kisah daripada golongan pemandu lori ni dikatakan banyak menghadapai situasi seram sewaktu mereka bekerja. Tambahan pula, mereka ni akan bekerja pada waktu malam jadinya lebih banyaklah benda seram ni terjadi.
Tengah rehat ada rambut dekat tingkap
Sejak beberapa hari lepas, tular sebuah video oleh seorang pemandu lori di mana dia melalui situasi menyeramkan di depan matanya sendiri.
Menerusi posting dimuat naik oleh @abeayie30 ini, dia yang bekerja sebagai pemandu lori ketika itu sedang berehat santai di dalam lorinya.
Sewaktu dia tengah berehat pada malam tersebut, tiba-tiba dia perasan seperti ada satu sosok rambut panjang berada hampir di tingkap lorinya itu. Namun apa yang hebatnya, dia tak kelihatan takut malah Ayie terus merakam sosok tersebut dengan lebih dekat.
Sosok berambut panjang itu berada betul-betul di tingkap lorinya, tapi Ayie tak mengendahkannya langsung. Menurut dia lagi, kelibat itu terus menghilangkan diri setelah beberapa ketika kemudian.
Perkongsian Ayie itu telah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini video tersebut meraih lebih dari 1.1 juta views di TikTok.
@abeayie30 hati2 abg2 lori..kalau nk tido pasti kan.langsir dan cermin di ttp…mujur rakan x lari ikut tingkap??
“Aku igtkan tingkap dia kotor”
Di ruangan komen, perkara itu nyata membuatkan rata-rata netizen bersa seram sejuk. Ada yang pada mulanya tak perasan dengan kewujudan makhluk itu, di samping ada juga yang sempat bergurau tentang video tu.
Berani eh abang ni.Kalau min tu, takda dah rakam auto start enjin terus bla huhu..
Baca : Seram! Lelaki Dakwa Jenguk Kawan Sakit Dekat Hospital Yang Rupanya Kosong Sejak 2013