in

[VIDEO] Sedih! 18 Tahun Hidup Bersama, Kucing Kesayangan Mati Lepas 5 Hari Terpisah Sebab Banjir

Page Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para pencinta kucing semestinya akan rasa tak senang duduk bila tak nampak si bulu depan mata. Tambah pula kalau kucing tu dah dibela sejak kecil lagi memang sayang dia tu, uish susah lah nak describe dengan kata-kata!

Bagi korang yang rajin tengok media sosial baru-baru ni, mesti akan ternampak video pakcik reunion dengan kucing kesayangan dia lepas lima hari terpisah sebab banjir kan? Sayang betul dia dengan Encik Meow dia tu…


Ternyata, kegembiraan mereka apabila dapat bertemu semula hanyalah seketika kerana kucing yang diberi nama Opisusu itu mengembuskan nafas terakhirnya semasa menerima rawatan di veterinar berdekatan.

Difahamkan bahawa kucing tersebut terperangkap dalam banjir dan bertahan lapar sepanjang lima hari itu. Sebaik sahaja doktor mengesahkan bahawa kucingnya telah mati, pakcik itu sendiri yang menguruskan segala urusan kucingnya walaupun sedang bersedih.

Perkongsian video di Facebook oleh Aziah Lia itu mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya turut berasa sedih dan simpati kerana mereka sakan-akan tak percaya bahawa kucingnya itu telah pergi buat selama-lamanya. Huwaaa! Min pun sedih sangat dah ni…

Fb Full 2

Hmmm… punca kematian rupanya sebab demam dan memang keadaan dah kritikal. Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengatakan bahawa pencinta kucing memang akan merasa sedih yang teramat sangat apatah lagi kalau kucing yang dibela adalah sejak dari kecil lagi.

Min doakan supaya pakcik ni dapat kuatkan semangat… Kucing pakcik memang kucing yang kuat dan hebat…

Baca: [VIDEO] KASAR! Netizen Bengang Tengok Wanita Campak Kucing Jagaan Dalam Sangkar

Untitled 2 15

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.