Jika tak kerana pandemik Covid-19 ini, mesti ramai antara kita yang berminat untuk libatkan diri dalam aktiviti sukarelawan seperti bagi makanan dan barang keperluan kepada golongan gelandangan.
Tapi pernah ke kita terfikir, golongan tersebut mungkin ada kisah mereka sendiri yang membuatkan mereka sebegitu seperti cerita yang ingin dikongsi kali ini.
Jumpa gelandangan dicari, keluarga ingat dah meninggal dunia
Beberapa hari yang lalu, ada video yang dimuat naik menunjukkan satu organisasi bukan kerajaan (NGO) memberikan bantuan kepada gelandangan.
Namun perkongsian melalui akaun TikTok @firdaus_nazri ini menunjukkan pemberian bantuan itu menjadi satu kisah yang boleh buat kita sebak.
Ceritanya ketika pihak NGO itu tengah memberikan bantuan, mereka terjumpa seorang lelaki dari kumpulan gelandangan tersebut yang rupanya dah lama dicari oleh pihak keluargnya. Difahamkan juga, gelandangan itu juga dah berapa tahun menghilangkan diri secara tiba-tiba hingga keluarganya ingat dia dah meninggal dunia.
Seterusnya pihak sukarelawan tersebut terus video call ahli keluarga gelandangan itu dan mereka berbual buat pertama kali setelah sekian lama. Ternyata lelaki gelandangan itu berkata dia masih cam dan ingat dengan ahli keluarganya.
@juztg_malaysia Asbab dari video kami Bagi makan bertemulah seseorang yg dah lama kehilangan 😭😭#fypシ #foryou #foryoupage #viral #gelandangan #fyp #malaysiatiktok
@juztg_malaysia TAHNIAH TEAM #jemaahkongsirezeki @censhisenci @semuthitam389 menyambung silaturahim #fypシ #foryou #foryoupage #viral #gelandangan #fyp
Terus bawa pulang, checkup di HKL
Menerusi komen di posting tersebut, difahamkan anak buah gelandangan tersebut mengesahkan bahawa lelaki tersebut ialah pakciknya. Anak saudaranya memberi tahu yang dia pernah terserempak dengan pakciknya dan mengajak dia pulang, tapi dia tetap tak nak.
Setelah bertahun, akhirnya lelaki tersebut di bawa ke rumah keluarganya. Selesai dirapikan, dia terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk buat pemeriksaan kesihatan.
@juztg_malaysia DOAKAN ABANG KITA NI DAPAT BALIK RUMAH HARI NI #jemaahkongsirezeki #fypシ #foryou #foryoupage #viral #fyp #gelandangan #malaysiatiktok
Alhamdulillah dapat dipertemukan semula lelaki tu dengan keluarganya. Seronok je tengok.