in

[VIDEO] Ribut Pasir, Mohon Doakan Jemaah Haji Di Arafah!

haobuhao

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Ribut Pasir, Mohon Doakan Jemaah Haji Di Arafah!
Loading
/

Allahu akbar!

Lewat petang semalam penempatan jemaah haji yang bersiap sedia untuk berwukuf di Padang Arafah telah dilanda ribut pasir yang dahsyat, lapor Berita Harian.


Angin kencang tersebut merosakkan khemah jemaah hingga menyebabkan bekalan eletrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah.

39752072 2312280205456371 3808244001241300992 n
Sumber: Facebook
39543576 456168508213976 8485801447756136448 n
Sumber: Facebook

Ribut berlaku kira-kira jam 6:30 petang itu mengejutkan jemaah yang langsung tidak menyangka kawasan berkenaan akan dilanda ribut. Pun begitu, ribut yang melanda tak menggugat semangat jemaah untuk melakukan wukuf kerana menganggap hujan yang turun sebagai satu rahmat dan ujian menunaikan haji.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Ketua rombongan jemaah Tabung Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman memaklumkan bahawa semua jemaah Malaysia berada dalam keadaan selamat. Pihak berkuasa Arab Saudi terpaksa memotong sementara bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan ketika ribut melanda di antara jam 6.30 petang hingga 8.30 malam demi memastikan keselamatan jemaah haji.

“Sebahagian khemah yang rosak akibat bencana itu sedang dibaiki oleh pihak berkuasa.”

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

“Bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan dipulihkan secara berperingkat mulai jam 10.45 malam.”

30,200 orang jemaah haji Malaysia tiba secara berperingkat untuk berwukuf di Arafah mulai pagi semalam dan menyertai kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia.

Semoga semuanya selamat!

Baca: Jemaah Diharam Lawat Jabal Nur, Ladang Kurma dan Banyak Tempat Lagi Kerana Kegiatan Khurafat

qq 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.